Sudah lama saya bercadang untuk menulis dan membuat komentar tentang tajuk TAHALUF SIYASI, pertama kerana kebetulan ia merupakan kajian Ilmiah saya untuk menyempurnakan pengajian Sarjana saya di Universiti Kebangsaan Malaysia satu masa dulu di atas tajuk “KERJASAMA POLITIK DENGAN BUKAN ISLAM BERDASARKAN AL QURAN DAN AL SUNNAH”.
Satu lagi yg mendorong untuk saya mencoretkan sedikit renungan dalam tajuk ini apabila saya melihat ianya menjadi polimik yang tidak berkesudahan.Kecelaruan sandaran menyebabkan hujjah yang di berikan kadang-kadang tidak kena pada sasarannya…dalil yang di kemukakan diluar kontek Istinbath yang ingin dilaksanakan…kadang-kadang qias yang dibuat tidak serupa dengan cerita yang dibawa untuk disepadankan ILLAHnya…akhirnya boleh saya simpulkan bahawa ianya hanya sekadar TABRIR atau jastifikasi sahaja untuk menyokong apa yang telah dilaksanakan atau sebagai sokongan apa hendak dilaksanakan untuk mencapai tujuan politik semasa…Dan cara ini amat merbahaya dalam membentuk Pemikiran Siyasi Islami bagi sesebuah masyarakat muslim.
Bukanlah tujuan tulisan ini pula untuk membahaskan secara ditil tentang TAHALUF SIYASI, berkenaan rukun dan syaratnya kerana ianya boleh dirujuk tulisan-tulisan lain (contohnya: Abdullah Zaik 2011 : TAHALUF SIYASI), tetapi sekadar menonjolkan satu sudut contoh daripada seerah Rasulullah s.a.w dalam perundingan Tahaluf Siyasi serta bagaimana sikap dan pendirian Baginda dalam mempertahankan prinsip walaupun terlepas daripada Laba Politik yang dicari…
Rasulullah s.a.w spt mana baginda menjadi qudwah dalam urusan peribadi, keluarga dan masyarakat begitu juga baginda adalah qudwah dalam urusan menentukan dasar politik dan juga cara berpolitik, (terutama bagi mereka yang berjuang di dalam bidang politik), sesuatu peristiwa yg dilalui Rasulullah adalah petunjuk yang berharga, terutama mereka yang melalui jalan yang serupa untuk mengambil pendirian yang sama seperti yg diambil oleh Baginda, Kerana matlamat kita berpolitik adalah untuk menjelas,menyebar dan memenangkan Risalah, begitu juga kerana matlamatnya adalah kerana Allah, untuk Akhirat dan Syurga…bukan sekadar ingin berkuasa atau untuk yang lainnya.
Rasulullah semasa berdakwah di Makkah di tahun ke sepuluh selepas gagalnya usaha Rasulullah s.a.w berdakwah kepada kaumnya Quraiys dan selepas gagalnya Rasulullah s.a.w mendapat perlindungan daripada penduduk Taif… Di musim haji pada tahun tersebut Rasulullah s.w.a telah berjumpa dengan setiap qabilah arab yang datang mengerjakan haji di Mekah serta cuba mendapatkan perlindungan dengan cuba mengadakan Tahaluf Siyasi dengan mereka.
QUDWAH DARIPADA PERISTIWA TAHALUF YANG TAK JADI…
Mengikuti jejak langkah atau mengambil Rasulullah sebagai qudwah bukan sahaja menyusuri seerah dalam perkara yang berlaku dan berjaya dilaksanakan oleh baginda sahaja tetapi juga perlu juga melihat kepada sesuatu yang gagal dilaksanakan oleh baginda untuk dipelajari kenapa gagal atau kenapa Rasulullah menolak sesuatu peluang…begitulah juga dalam TAHALUF SIYASI dengan bukan Islam, selain drp melihat syarat-syarat itu dibolehkan, persoalan yg paling penting juga ialah kenapa sesuatu Tahaluf itu perlu ditolak dan juga bila/kenapa sesuatu Tahaluf yg telah berlaku itu perlu dihentikan, kerana Tahaluf Siyasi dengan Bukan Islam adalah termasuk dalam hukum istithna’ (hukum pengecualian) bukan hukum asal yang diharuskan didalam perbahasan politik Islam…
Dua peristiwa cubaan Tahaluf yang Gagal
Dua peristiwa penting yang berlaku kepada Rasulullah s.w.a dalam tawar menawar politik yang boleh diambil pengajaran oleh kita terutama mereka yg terlibat secara langsung dalam medan politik yg berhubung dengan bukan Islam.
Kedua-dua peristiwa ini berlaku di musim haji tahun ke sepuluh selepas Rasulullah dibangkitkan menjadi rasul. Kebiasaan pd tahun-tahun sebelumnya semenjak diperintahkan menzahirkan seruan Islam ini secara terang-terangan, Rasulullah keluar kepasar dan perkumpulan kabilah-kabilah Arab yang datang mengerjakan haji menyeru mereka supaya beriman kepada Allah “Ucapkanlah Tiada Tuhan Melainkan Allah nescaya kamu berjaya”. serta menyeru mereka supaya meninggalkan penyembahan berhala…pada tahun ke sepuluh ini lain tindakan dan cara Rasulullah…
Pada tahun ke sepuluh ini spt mana yg diriwayatkan oleh al Maqrizi dalam Imta’ul Asma’ bahawa Rasulullah keluar pergi kepada setiap kabilah Arab; daripada Banu Amir, Ghassan, Banu Fuzarah, Banu Murrah…dan seterusnya meminta mereka siapakah yang sanggup untuk melindungi Baginda untuk baginda menyebarkan Islam:
” Siapakah daripada kamu yang boleh membawaku kepada kaumnya lalu dapat melindungiku untukku menyampaikan Risalah Tuhanku sesungguhnya Quraisy telah menghalangku daripadaku menyampaikan Risalah Tuhanku.”
Daripada kata-kata Rasulullah ini jelas bahawa Rasulullah meminta perlindungan daripada Kaum yg masih kafir dan tidak mensyaratkatkan kabilah itu memeluk Islam terlebih dahulu tetapi apa yang disyaratkan adalah perlindungan yang menjamin untuk menyampaikan Islam sepenuhnya dan sejelas-jelasnya tanpa sebarang syarat yang mengikat…
Hakikat ini lebih jelas lagi daripada dialog Rasulullah dengan dua Kabilah Arab seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibn. Ishaq:
1-Dialog Rasulullah s.a.w dengan Bani Amir bin Sokso’ah
Datang Rasulullah kepada Bani Amir bin Sokso’ah maka diseru mereka supaya beriman kepada Allah dan meminta mereka supaya melindungi baginda, maka berkata salah seorang daripada mereka bernama Buhairah bin Faras,:
” Demi Allah jika kita melindungi pemuda Quraisy ini kita akan dapat mengalahkan Arab seluruhnya (hasil pengamatan nya kepada ketokohan baginda) lalu dia bertanya Rasulullah: jika sekiranya kami berbai’ah dengan kamu untuk memimpin kami kemudian Allah memenangkan kamu keatas sesiapa yang menentang kamu, adakah bagi kami bahagian pemerintahan selepas kamu..”
Jawab Rasulullah dengan tegas: ” Pemerintahan hak Allah, Dia berhak untuk meletakannya di mana saja yang Dia suka”
Lantas dibalas terus oleh Buhairah: Adakah patut kami mendedahkan leher-leher kami ( sanggup mati) berdepan dengan Arab demi mempertahankan engkau tetapi apabila engkau dimenangkan Allah maka pemerintahan selepas itu diserahkan kepada selain kami, kami tidak berhajat dengan tawaran kamu ini maka mereka enggan menerimanya…” (seerah Nabawiyyah:Ibn Hisyam )
Rasulullah s.a.w boleh sahaja bermain politik di sini dengan menyatakan kita sama-sama bincang dan putuskan apabila mendapat kemenangan dan kuasa nanti yang penting bagi dulu perlindungan kepada kami dan kita sama-sama kalahkan mereka dulu… tetapi sebaliknya dengan tegas dan jelas Rasulullah menyampaikan satu prinsip Risalah walaupun terhadap orang kafir yang Rasulullah mengharapkan perlindungan daripada mereka iaitu: “Urusan Pemerintahan adalah HAK ALLAH…” iaitu al Hakimiyyah lillah..” iaitu tidak boleh dikongsi apatah lagi untuk diserah secara percuma kepada orang-orang Kafir…
Kejelasan Risalah ini adalah lebih penting daripada peluang utk menang kerana pada hakikatnya kemenangan yang dicari adalah utk menyampai dan menjelaskan Risalah dan sebarang kemenangan dengan risalah yg kabur atau terbantut adalah sebenarnya merugikan Islam walaupun pada zahirnya nampak menguntungkan…
Dari sudut yang lain pula dalam Islam isu Akhlak adalah merupaka perkara pokok dan merupakan Isi Risalah itu sendiri. Bermain politik atau politik tipu muslihat (berbohong) boleh menjejaskan akhlak dan ia adalah bertentangan dengan Rislah Islam itu sendiri…
bersambung….
2- Dialog dengan Bani Syaiban:
Tinggalkan Jawapan