Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘1’ Category

Sudah lama saya bercadang untuk menulis dan membuat komentar tentang tajuk  TAHALUF SIYASI, pertama kerana kebetulan ia merupakan  kajian Ilmiah saya untuk menyempurnakan pengajian Sarjana  saya di Universiti Kebangsaan Malaysia satu masa dulu di atas tajuk “KERJASAMA POLITIK DENGAN BUKAN ISLAM BERDASARKAN AL QURAN DAN AL SUNNAH”.
Satu lagi yg mendorong untuk saya mencoretkan sedikit renungan dalam tajuk ini apabila saya melihat ianya menjadi polimik yang tidak berkesudahan.Kecelaruan sandaran menyebabkan hujjah yang di berikan  kadang-kadang tidak kena pada sasarannya…dalil yang di kemukakan diluar kontek Istinbath yang ingin dilaksanakan…kadang-kadang qias yang dibuat tidak serupa dengan cerita yang dibawa untuk disepadankan ILLAHnya…akhirnya boleh saya simpulkan bahawa ianya hanya sekadar TABRIR atau jastifikasi sahaja untuk menyokong apa yang telah dilaksanakan atau sebagai sokongan apa hendak dilaksanakan untuk mencapai tujuan politik semasa…Dan cara ini amat merbahaya dalam membentuk Pemikiran Siyasi Islami bagi sesebuah masyarakat muslim.

Bukanlah tujuan tulisan ini pula untuk membahaskan secara ditil tentang TAHALUF SIYASI, berkenaan rukun dan syaratnya kerana ianya boleh dirujuk tulisan-tulisan lain (contohnya: Abdullah Zaik 2011 : TAHALUF SIYASI), tetapi sekadar menonjolkan satu sudut contoh daripada seerah Rasulullah s.a.w dalam perundingan Tahaluf Siyasi serta bagaimana sikap dan pendirian Baginda dalam mempertahankan prinsip walaupun terlepas daripada Laba Politik yang dicari…

Rasulullah s.a.w spt mana  baginda menjadi qudwah dalam urusan peribadi, keluarga dan masyarakat begitu juga baginda adalah qudwah dalam urusan menentukan dasar politik dan juga cara berpolitik, (terutama bagi mereka yang berjuang di dalam bidang politik), sesuatu peristiwa yg dilalui Rasulullah adalah petunjuk yang berharga, terutama mereka yang melalui jalan yang serupa untuk mengambil pendirian yang sama seperti yg diambil oleh Baginda, Kerana matlamat kita berpolitik  adalah untuk menjelas,menyebar dan memenangkan Risalah, begitu juga kerana matlamatnya adalah kerana Allah, untuk Akhirat dan Syurga…bukan sekadar ingin berkuasa atau untuk yang lainnya.

Rasulullah semasa berdakwah di Makkah di tahun ke sepuluh selepas gagalnya usaha Rasulullah s.a.w berdakwah kepada kaumnya Quraiys dan selepas gagalnya Rasulullah s.a.w mendapat perlindungan daripada penduduk Taif… Di musim haji pada tahun tersebut Rasulullah s.w.a  telah  berjumpa dengan setiap qabilah arab yang datang mengerjakan haji di Mekah serta cuba mendapatkan perlindungan dengan cuba mengadakan Tahaluf Siyasi dengan mereka.

QUDWAH DARIPADA PERISTIWA TAHALUF YANG TAK JADI…

Mengikuti jejak langkah atau mengambil Rasulullah sebagai qudwah bukan sahaja menyusuri seerah dalam perkara yang berlaku dan berjaya dilaksanakan oleh baginda sahaja tetapi juga perlu juga melihat kepada sesuatu yang gagal dilaksanakan oleh baginda untuk dipelajari kenapa gagal atau kenapa Rasulullah menolak sesuatu peluang…begitulah juga dalam TAHALUF SIYASI dengan bukan Islam, selain drp melihat syarat-syarat itu dibolehkan, persoalan yg paling penting juga ialah kenapa sesuatu Tahaluf itu perlu ditolak dan juga bila/kenapa  sesuatu Tahaluf yg telah berlaku itu perlu dihentikan, kerana Tahaluf Siyasi dengan Bukan Islam adalah termasuk dalam hukum istithna’ (hukum pengecualian) bukan hukum asal yang diharuskan didalam perbahasan politik Islam…

Dua peristiwa cubaan Tahaluf yang Gagal

Dua peristiwa penting yang berlaku kepada Rasulullah s.w.a dalam tawar menawar politik yang boleh diambil pengajaran oleh kita terutama mereka yg terlibat secara langsung dalam medan politik yg berhubung dengan bukan Islam.

Kedua-dua peristiwa ini berlaku di musim haji  tahun ke sepuluh selepas Rasulullah dibangkitkan menjadi rasul. Kebiasaan pd tahun-tahun sebelumnya semenjak diperintahkan menzahirkan seruan Islam ini secara terang-terangan, Rasulullah keluar kepasar dan perkumpulan kabilah-kabilah Arab yang datang mengerjakan haji menyeru mereka supaya beriman kepada Allah “Ucapkanlah Tiada Tuhan Melainkan Allah nescaya kamu berjaya”. serta  menyeru mereka supaya meninggalkan penyembahan berhala…pada tahun ke sepuluh ini lain tindakan dan cara  Rasulullah…

Pada tahun ke sepuluh ini spt mana yg diriwayatkan oleh al Maqrizi dalam Imta’ul Asma’ bahawa Rasulullah keluar pergi kepada setiap kabilah Arab; daripada  Banu Amir, Ghassan, Banu Fuzarah, Banu Murrah…dan seterusnya meminta  mereka siapakah yang sanggup untuk melindungi Baginda untuk baginda menyebarkan Islam:

” Siapakah daripada kamu yang boleh membawaku kepada kaumnya lalu dapat  melindungiku untukku menyampaikan Risalah Tuhanku sesungguhnya Quraisy telah menghalangku daripadaku menyampaikan Risalah Tuhanku.”

Daripada kata-kata Rasulullah  ini jelas bahawa Rasulullah meminta perlindungan daripada Kaum yg masih kafir dan tidak mensyaratkatkan kabilah itu  memeluk  Islam terlebih dahulu tetapi apa yang disyaratkan adalah perlindungan yang menjamin untuk menyampaikan Islam sepenuhnya dan sejelas-jelasnya tanpa sebarang syarat yang mengikat…

Hakikat ini lebih  jelas lagi daripada dialog Rasulullah dengan dua Kabilah Arab seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibn. Ishaq:

1-Dialog Rasulullah s.a.w dengan Bani Amir bin Sokso’ah

Datang Rasulullah kepada Bani Amir bin Sokso’ah maka diseru mereka supaya beriman  kepada Allah dan meminta mereka supaya melindungi baginda, maka berkata salah seorang daripada mereka  bernama Buhairah bin Faras,:

” Demi Allah jika kita melindungi pemuda Quraisy ini kita akan dapat mengalahkan Arab seluruhnya (hasil pengamatan nya kepada ketokohan baginda) lalu dia bertanya Rasulullah: jika sekiranya kami berbai’ah dengan kamu untuk memimpin kami kemudian Allah memenangkan kamu keatas sesiapa yang menentang kamu, adakah bagi kami bahagian pemerintahan selepas kamu..”

Jawab Rasulullah dengan tegas: ” Pemerintahan hak Allah, Dia berhak untuk meletakannya di mana saja yang Dia suka”

Lantas  dibalas terus oleh Buhairah: Adakah patut kami mendedahkan leher-leher kami ( sanggup mati) berdepan dengan Arab demi mempertahankan engkau tetapi apabila engkau dimenangkan Allah maka pemerintahan selepas itu diserahkan kepada selain kami, kami tidak berhajat dengan tawaran kamu ini maka mereka enggan menerimanya…” (seerah Nabawiyyah:Ibn Hisyam )

Rasulullah s.a.w  boleh sahaja bermain politik di sini dengan menyatakan kita sama-sama bincang dan putuskan apabila mendapat kemenangan dan kuasa nanti yang penting bagi dulu perlindungan kepada kami dan kita sama-sama kalahkan mereka dulu… tetapi sebaliknya dengan tegas dan jelas Rasulullah menyampaikan satu prinsip Risalah walaupun terhadap orang kafir yang Rasulullah mengharapkan perlindungan daripada mereka iaitu: “Urusan Pemerintahan adalah HAK ALLAH…” iaitu al Hakimiyyah lillah..” iaitu tidak boleh dikongsi apatah lagi untuk diserah secara percuma kepada orang-orang Kafir…

Kejelasan Risalah ini adalah lebih penting daripada peluang utk menang kerana pada hakikatnya kemenangan yang dicari  adalah utk menyampai dan menjelaskan Risalah dan sebarang kemenangan dengan risalah yg kabur atau terbantut adalah sebenarnya merugikan Islam walaupun pada zahirnya nampak menguntungkan…

Dari sudut yang lain pula dalam Islam isu Akhlak adalah merupaka perkara pokok dan merupakan Isi Risalah itu sendiri. Bermain politik atau politik tipu muslihat (berbohong) boleh menjejaskan akhlak dan ia adalah bertentangan dengan Rislah Islam itu sendiri…

bersambung….

2- Dialog dengan Bani Syaiban:

Read Full Post »

Kekuatan dan kehebatan seseorang sebenarnya bergantung kepada kekuatan peribadinya.Dalam Islam seseorang itu dikira hebat atau kuat apabila tinggi akhlaknya.Sebaliknya apabila rendah akhlaknya maka seseorang itu tidak dipandang tinggi.Nilaian ini sebenarnya diakui oleh semua masyarakat manusia zaman berzaman sebelum dan selepas kedatangan Islam.Cuma apabila kehidupan manusia lebih tertumpu kepada kebendaan (material) nilaian ini berubah sedikit demi sedikit sehingga yang lemah pada hakikatnya tetapi dipandang hebat apabila dia berjaya  mempromosi dirinya sehingga dilihat hebat.Sebaliknya yang kuat tidak dipandang hebat apabila gagal mempamirkan kehebatannya.

Orang yang cermat dalam menilai tidak sekadar melihat apa yang dipersembahkan tetapi juga melihat hakikat apa yang dipersembahkan berpandukan asas penilaian yang tepat.Dalam hal ini sebenarnya al Quraan dan al Sunnah diturunkan adalah untuk mengajar manusia tentang asas-asas penilaian tersebut.

Sifat Amanah,Jujur, Benar,Adil,SETIA Pada Janji, Iffah,Berani,Kuat kehendak,Rajin,Sabar,Bersedia untuk berkorban,Tekun, Teliti,Tenang,Lemah lembut..dll adalah merupakan asas-asas akhlak yang penting kepada peribadi seseorang. Kekuatan dan kehebatan peribadi seseorang sebenarnya berdasarkan sejauh mana kuatnya sifat-sifat tadi dalam dirinya. Begitu juga setiap sifat tadi dan kekuatannya akan melahirkan perilaku dan peribadi seseorang. Jika kuat maka kuatlah peribadinya dan jika lemah maka lemahlah peribadinya. (selanjutnya…)

Read Full Post »

MUKMIN…Di antara Khauf Dan Roja’

Hati Mukmin Sentiasa Bergantung Kepada Penciptanya..

Di dalam entri yang lalu saya berbicara tentang sikap optimis Tafa’ul yang perlu ada pada seseorang Mukmin…Iaitu tentang harapan masa depannya dan bagaimana dia mengatur serta merangcang hidupnya berdasarkan sunnah sebab dan musabbab (Qadar) yang telah disediakan Allah untuk kehidupan ini… dan Allah tidak sekali-kali merubah sunnahNya untuk perjalanan Alam ini.

 ” Dan kamu tidak akan dapati bagi sunnah Allah itu sebarang perubahan…”

Ini semua tidak bermakna seseorang itu boleh menentukan natijah hidupnya sendiri dan boleh terlepas daripada ketentuan Allah terhadapnya. Allah sengaja merahsiakan ketentuan hidup bagi seseorang tetapi dalam masa yang sama Allah memerintahkan supaya hambanya berusaha mencapai kejayaan Al Falah berdasarkan Qanun sebab dan Musabbab. Al Falah ini dan kaedah untuk mencapainya sama sahaja sama ada untuk hidup di dunia begitu juga untuk hidup di Akhirat. (selanjutnya…)

Read Full Post »

TAFAA’UL LA TASYAA’UM

IMAN… DENGAN QADHA’ DAN QADAR MENJADIKAN KITA OPTIMIS

Hari-hari yang berlalu apabila seseorang itu melakukan rutin yang sama akan menjemukannya.Tetapi bagi seorang mukmin yang percaya tentang pembalasan Akhirat dan beriman dengan Qadha’ dan Qadar dia akan sentiasa Optimis.. Dia akan sentiasa memikirkan sesuatu yang besar untuk dilakukannya.Dia akan bercita-cita tinggi dan akan bersemangat mengorak langkah ke arah itu. Bagi orang lain mungkin besar tapi  baginya kecil, bagi orang lain sukar tapi  baginya mudah, bagi orang lain mungkin payah tapi baginya senang kerana dia berbekalkan petunjuk Nabi yang sentiasa “bertafaa ul”.. (Optimis..) “Nabi s.a.w sukakan Optimis (tafa ul) dan bencikan putus asa( berasa malang)”. (selanjutnya…)

Read Full Post »

UKHUWWAH…Di mana Silapnya?

Ukhuwwah adalah Kewajipan Umum Muslimin

bismillahirrahmani rrahim…

Saya terlintas untuk memetik butang huruf memanjangkan pemerhatian saya untuk dikongsi mengenai satu topik yang seringkali diungkapkan terutama oleh mereka yang mengajak orang lain kepada Islam. Atau mereka yang cuba untuk mengembalikan penghayatan Islam sebagai cara hidup.Lebih khusus lagi bagi mereka yang merasakan bahawa penghayatan tersebut tidak mungkin berlaku melainkan dengan cara hidup berjamaah dan berharakah.

Ungkapan Ukhuwwah atau hubbu fillah seringkali kita dengar sama ada dalam tazkirah atau dalam usrah atau program-program tarbiyyah. Dalam entri ini saya tidak berniat untuk mengupas dari segi maksud atau dalil-dalil kelebihan berukhuwwah tetapi saya ingin melihat dari  demensi perlaksanaannya.Semoga ianya menjadi peringatan kepada orang muda yang ghairah berharakah dan mengejutkan orang tua dalam kelekaannya untuk memastikan pewarisan dakwahnya kepada generasi selepasnya…Supaya ianya tidak bercampur kekotoran yang dicela oleh Allah dan RasulNya… (selanjutnya…)

Read Full Post »

Sukar…apabila berhenti

Lama saya tidak menekan butang-butang huruf untuk meneruskan bicara. Bukan kerana tiada isu dan bukan juga kerana tak ada idea…tetapi sebenarnya menulis ini berat bagi saya tak semudah berceramah atau mengajar kuliah maghrib atau subuh.Ia amat bergantung kepada semangat serta suasana yang mendorong dan kadang-kadang suasana yang memaksa.Saya teringat ketika saya ingin menghabiskan pengajian Master saya.Kos work hanya mengambil masa dua samester sedangkan untuk menyiapkan Disertasi penyempurnaan pengajian yang hanya 12 % markah keseluruhan itu saya telah mengambil masa 10 samester…saya rasa bukan saya seorang saja begitu malah ramai kawan-kawan saya dan adapun  yg gagal dapat master kerana tak siapkan disertasi yang hanya 12% daripada penilaian keseluruhan pengajian. Itu keadaan terpaksa dah agak sukar nak habiskan bagaimana pula dalam keadaan sukarela…Hanya beriman dengan tanggungjawab dakwah seorang Daei akan meneruskan risalah…

pengajaran:

1- Kena latih serta bagi semangat kepada anak-anak supaya rajin menulis supaya ianya menjadi kebiasaan mereka.Apabila dah biasa akan menjadi ringan dan mudah “Alah bisa tegal biasa” amalan menulis blog peribadi adalah antara cara terbaik.

2- Apabila dah menulis jangan berhenti lama ..akan payah nak mula semula.

3-Kata perangsang serta komen daripada pembaca adalah penting kerana ia boleh memotivasikan penulis dan penulis boleh membaiki mutu penulisan mereka. antara kata-kata Imam al Ghazali bahawa 90 %  daripada ilmu tersebar adalah berpunca  daripada “riya’ ”

4- Para daei terutama Melayu kena menyemarakkan bidang penulisan ini kerana para ulamak silam dulu mewariskan ilmu mereka adalah melalui penulisan.

5- Tulislah apa saja tajuk dan berkenaan apa saja Insya Allah akan ada orang yang akan mengambil manfaatnya asalkan ianya lahir daripada pengamatan Ilmu dan pengalaman serta dari hati yang bersih.

Read Full Post »

Pembaca budiman

Semoga sepanjang tahun kalian berada dalam kebaikan

Ya, setiap hari silih berganti sebenarnya menjadi saksi ke atas amal yang kita lakukan…Dan ia juga sebenarnya merupakan peluang baru yang Allah kurniakan kepada kita untuk kita menyelamatkan diri kita, dengan mengikuti rahmatNya yang memberi petunjuk dan ManhajNya yang utuh…ISLAM YG AGUNG

Langkah yang pertama yang perlu ke arah itu ialah kita beramal bermula daripada diri kita sendiri

Seperti mana yang disarankan oleh Mujaddid Imam Syahid Hassan Al Banna

Wahai Saudara/i sekelian

Medan yang pertama bagi kalian adalah diri kalian sendiri, apabila kalian Berjaya menguasainya maka kalian akan mudah menguasai orang lain, dan apabila kalian remehkan untuk bermujahadah terhadapnya maka anda akan lemah berdepan dengan orang lain.Maka cubalah berjuang terhadapnya dulu…Ingat bahawa sesunggunya Dunia seluruhnya sedang menanti satu generasi daripada pemuda-pemudi yang dilengkapi dengan kesucian yang sempurna serta mempunyai akhlaq yang kuat lagi mulia. Maka jadilah kalian pemuda-pemudi itu dan jangan berputus asa, berilah perhatian yang sungguh-sungguh terhadap sabda Rasulullah s.a.w.: { Berilah jaminan kepadaku enam perkara nescaya aku jamin bagimu Syurga: Benar apabila kamu berkata-kata, Tepati apabila kamu berjanji, Tunaikan amanah apabila kamu diberi amanah, Peliharalah kemaluan kamu (jauhi drp zina), Tundukanlah pandangan kamu(drp yang haram), peliharalah daripada kejahatan (kezaliman) tangan kamu, kemudian lihatlah (ukurlah) adakah kamu demikian

Wahai  saudara/i sekelian

Dakwah kamu ini berdiri di atas tiga asas

Mengenali Allah (makrifatullah

(Kebaikan diri (solahu anNafs

(Kasihkan Makhluk (mahabbatu al Khalq

Adapun  makrifatullah akan berlaku dengan Merenung dan Bermuraqabah

Kebaikan diri dengan Taat perintah Allah dan Bermujahadah

Kasihkan Makhluk dengan al Nasihah (jujur terhadap mereka) dan Ithar (berkorban untuk mereka

Dan perkara pertama yang aku mohon daripada kamu secara amali, dan aku Muhasabah kamu di atas nama fikrah

a)Supaya kamu menjadikan bagi diri kamu satu sukatan daripada al Quran untuk kamu baca setiap hari dan kamu menghafal daripadanya sekurang-kurang satu ayat

b)Supaya kamu mengambil berat tentang muhasabah sebelum tidur, bentangkan kepada dirimu sendiri setiap apa yang dilakukan sepanjang hari jika sekiranya ada kebaikan maka bersyukur dengan memuji Allah, dan jika sebaliknya maka berazamlah untuk membaikinya apa-apa yang luput

c)Supaya kamu mengambil berat untuk menunaikan sembahyang pada waktunya, dan kamu perelokkan dalam menunaikannya, kamu mengerti tentang hukum hakamnya, sempurnakanlah Ruku’nya, Sujudnya serta kekhusukkannya, perelokkan serta tadabburlah apa yang kamu baca daripada Kitab Allah di dalamnya, dan jangan kamu cuaikan solat sunat rawatib, dan berusahalah untuk ke masjid dan berjamaah sedaya upaya kamu, dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk sembahyang subuh pada waktunya

{ وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهودا }

Demi al Quran di waktu fajar, Sesungguhnya al quran di waktu fajar itu adalah disaksikan

IMAM HASSAN AL-BANNA

Read Full Post »

Seperti yang pernah saya coretkan di sini bahawa hakikat kehidupan ini adalah sebuah perjalanan menuju Allah Yang Menghidupkan dan Yang  Mematikan sesuatu,Yang menjadikan muka bumi dan alam semesta ini  sebagai tempat ujian untuk makhluk bernama Jin dan Manusia.Perjalanan itu pula pada hakikatnya adalah  perjalanan Hati yang sentiasa dipengaruhi oleh dua perunding utama dalam diri manusia iaitu akal dan nafsu…

“Malah perjalanan menuju Allah adalah sebenarnya perjalanan hati…Dan anggota lain sebagai kenderaan… dan kehidupan adalah jalan-jalan yang terpaksa dilalui…” (mengenal diri dan hakikat kehidupan…NasihatKu)

Allah tidak membiarkan manusia begitu sahaja melalui perjalanan ini tanpa sebarang pedoman. Sifat Rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambaNya menyebabkan bersama kejadian manusia itu diturunkan bersamanya al Kitab (al Quraan) dan diutuskan para Rasul a.s.s. bagi membimbing serta menunjukkan jalan yang betul menujuNya.

Firman Allah:

Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Dia lah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan untuk menerima balasan. (Ujian)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi apa yang ada di dalam dada kamu(Hati Kamu), dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
Katakanlah (wahai Muhammad) “kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)”.

(Yunus 55-58)

Kelebihan…Disertai Kemuliaan

Allah s.w.t. menjadikan makhlukNya tidak sama antara satu sama lain.Allah melebihkan sesuatu dan mengurangkan sesuatu yang lain.Itulah keindahan ciptaanNya… antara hikmatnya ialah supaya makhluk ini saling bergantung serta memerlukan antara satu sama lain dan kesemuanya itu berhajat dan bergantung kepada Yang Maha Pencipta… Allah melebihkan dan memuliakan Manusia daripada makhlukNya yang lain,begitu juga Allah telah memuliakan Nabi Muhammad s.a.w. melebihi Nabi-nabi yang lain, Allah juga melebihkan hari Juamaat daripada hari-hari yang lain.Dan begitulah Allah telah memuliakan Bulan Ramadhan mengatasi kemuliaan bulan-bulan yang lain.

Setiap yang Allah lebihkan dan mulaikan itu memang pada hakikatnya ada kelebihan dan ada kemuliaannya, sama ada pada zat kejadiannya atau pada sebab ia dijadikan…Contohnya manusia, selain daripada kejadiannya yang unik yang menghimpunkan antara sifat Haiwan (sifat yang ada pada binatang yang memerlukan makan,minum sex dsb…serta fizikal drp. jenis Mamalia spt. sebahagian haiwan lain…) dan sifat Malaikat yang boleh tunduk dan patuh serta mendekatkan diri kepada Allah (spt sifat patuh para malaikat) manusia juga dimuliakan kerana sebab ia dijadikan iaitu untuk menjadi Khalifah bagi memakmurkan muka bumi ini  dengan apa yang diredhai Penciptanya.

Ramadhan…Kelebihannya Pada al Quraan

Begitu juga Bulan Ramadhan…Allah memuliakannya kerana padanyalah diturunkan al Quraan.Sebagai Petunjuk  yang telah memberi panduan kepada manusia bagaimana untuk hidup dengan cara yang betul, atau dengan kata lain bagaimana untuk memakmurkan muka bumi ini dengan cara yang betul.Iaitu bagaimana untuk melaksanakan tugas Khalifah di muka bumi ini yang dengan sebabnya manusia dimuliakan dan dilebihkan daripada makhluk yang lain.

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; (al baqarah: 185)

Malah pada malam pertama diturunkan al Quraan daripda Luh Mahfuz diberi fadhilat lebih daripada seribu bulan, dan diulangi setiap tahun sehingga hari Qiamat iaitu malam lailatul Qadar:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Ini semua menunjukkan betapa besarnya erti al Quraan kepada kehidupan ini. Oleh itu bagi seorang Mukmin yang memahami tujuan dan erti hidup ini , tiada tulisan  yang paling suka untuk ditatapinya berbanding al Quraan, tiada kalimah yang sentiasa menarik hati dan mindanya untuk  memahaminya melainkan kalima-kalimah al Quraan dan tiada alunan yang paling suka untuk didengarinya saban hari malah setiap ketika( yang sesuai) melainkan alunan daripada bacaan al Quraan…sehingga terpancar daripada hati kedapa lidahnya sebuah doa yang diulang-ulang kepada Tuhannya;

اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا ونور ابصارنا وجلا ءهمناوطريقنا الذى نمشى عليه

Itulah hakikat mukmin dengan al alquraan dan itulah keadaan dirinya di bulan Ramadhan…

Ramadhan Perhentian Untuk Mencari Bekalan…

Allah telah menyusun kehidupan ini sedemikian rupa yang mana hari silih berganti bulan berlalu menjangkau tahun dan Allah telah juga telah  mengolah agama yang diredhaiNya untuk manusia yang sesuai dengan peredaran masa supaya manusia tidak lupa bahawa dunia ini ada Pencipta dan Penentu perjalanannya dan pada akhirnya semua manusia akan dikembalikan KepadaNya…bagi mereka yang lupa dan lalai akan menerima balasan sewajarnya sebaliknya bagi mereka yang peka dan sentiasa mencari bekal yang disediakan akan mendapat habuan yang dijanjikan…

Allah menentukan pada setiap hari itu waqafat perhentian supaya mukmin mentajdidkan hubungannya dengan Penciptanya melalui solatnya yang telah ditentukan waktunya…begitu juga pada setiap minggu ada waqfah untuk mukmin berhubung serta menginsafi hal ehwal masyaraktnya melalui solat Jumaat…Dan seterusnyalah Allah menjadikan sebulan suntuk Bulan Ramadhan pada setiap tahun sebagai suatu Waqfah besar kepada hambaNya mukmin untuk dia mencari sebanyak mungkin bekalan untuk perjalanan seterusnya…

Bekalan…persediaan latihan melawan nafsu mengekang kemahuan perut daripda makan dan minum serta mengekang kemahuan faraj daripda sex yang biasanya dihalalkan disiang hari untuk menguatkan Hatinya bahawa Syariat Tuhan mesti didahulukan mengatasi kemahuan syahwat.Bekalan…menguatkan hubungan dengan Penciptanya dengan Qiam di malam dan dini hari…berdoa dan bertaubat kepada yang Maha Pengampun lagi Mengasihani. Bekalan… menajamkan minda dan matahatinya dengan tilawah dan tadarrus al Quraan sebagai perisai diperjalan dan untuk pertarungan yang akan datang. Bekalan…menginsafi bahawa perjalanannya yang sebenarnya adalah menuju Akhirat dan di sanalah kehidupan hakikinya dengan memutuskan buat seketika kesibukan dunia fatamorgana ini dengan beriktikaf sepuluh hari terakhir Ramadahan. Bekalan…membentuk akhlak jiwa pemurah dan sifat rahmatnya kepada makhluk Allah serta melawan sifat ananiyyah dan bakhilnya dengan bersedekah dan Zakat.

Inilah satu WAQFAH BESAR untuk mencari bekalan yang Allah sediakan bagi mereka bagi yang mengerti tentang hakikat kehidupan ini dan kemana penghabisannya…

Dan itulah hakikat dan keadaan seorang Mukmin di bulan Ramadhan yang tentunya  berbeza dari yang lainnya dan daripada masa-masa yang lain…

“Dan carilah bekalan oleh kamu, dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah Taqwa…”

Read Full Post »

Dalam post yang terdahulu saya ada menyebut tentang rintihan seorang teman berkenaan isterinya yang tidak lagi mempercayai kejujurannya setelah berpoligami dengan kebenaran isterinya setelah 18 ke 20 tahun mereka sama-sama melayarkan bahtera perkahwinan.Saya suka untuk menjadikan perbincangan ini satu entri yang berasingan walaupun ianya berpijak  di atas asas-asas maani yang saya sebutkan didalam post yang lalu(Kebahagiaan Rumahtangga…).Malah post-post yang terdahulu daripada AGAMA ADALAH KEJUJURAN, MENGENAL DIRI DAN HAKIKAT KEHIDUPAN… semuanya adalah berkaitan dalam memahami apa yang akan saya utarakan.

Manhajiah Berfikir Menuntut Keberanian Mengungkapkan Kebenaran…

Manhajiah dalam berfikir dan dalam memberikan apa-apa penyelesaian kepada masalah masyarakat, menuntut  kita  berani dalam mengungkapkan sesuatu yang belum kita lalui dan tidak semestinya kita melaluinya…dan jika kita ditakdirkan melaluinya belum pasti apa yang kita impikan tercapai sepenuhnya… Seperti seorang Pendakwah yang mengungkapkan ciri-ciri Imam atau pemerintah yang Adil, tidak semestinya dia kena jadi pemerintah atau pemimpin yang  berjaya melaksanakan keadilan baru boleh dia memperkatakan tentang keadilan pemimpin.begitu juga apabila dia ditakdirkan menjadi pemimpin tidak semua apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan…Tetapi… “Tentunya berbeza di antara seorang yang melihat dengan seorang yang buta apabila melalui sesuatu jalan…” (selanjutnya…)

Read Full Post »

Saya pada mulanya ingin meneruskan nasihat saya dalam bab berpoligami, tetapi memandangkan ianya amat sensitif ditambah pula tidak banyak masa yang saya boleh ruangkan untuk mengadap komputer kerana kebanyakan masa saya berada dalam kereta atau di tapak pembinaan…maka saya fikirkan lebih baik saya berkongsi dengan pembaca budiman yang meminati blog saya dengan persoalan-persoalan daripada fenomena yang berlaku dalam kehidupan terutama kehidupan para pendakwah dan juga mereka yang ingin kembali kepada islam sebagai cara hidup. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »