Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Januari 2009

Bermula 27 Disember Israel mula membedil Gaza hingga kehari ini(18 Jan.09). Jumlah korban telah menjangkau 1200 penduduk awam Palestin termasuk 410 orang kanak-kanak  dan lebih daripada 5300 yang tercedera, Israel masih belum mencapai sepenuh misinya,ramai juga di kalangan tenteranya yang terkorban. Yang pasti HAMAS mendapat pablisiti meluas di dalam palestin dan di seluruh dunia walaupun dengan bayaran yang begitu mahal iaitu dengan nyawa penduduk awam Palestin sebagai Syuhada’. Itu bukan pilihan mereka tetapi adalah ketentuan Ilahi yang penuh dengan hikmahNya di sebalik sesuatu kejadian…Mereka ditakdirkan terpaksa berdepan dengan manusia yang paling jahat di dunia.Hakikat jahat mereka (Yahudi) telah dinyatakan oleh Allah di dalam al Quran dan telah dipahat di dalam cacatan sejarah peradaban manusia melalui peristiwa-peristiwa yang berlalu. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Agama Adalah Kejujuran

kembara di bumi kenyalang

“Agama adalah (an Nasihah) kejujuran , sahabat bertanya untuk siapa wahai Rasulullah? Untuk Allah, Kitabnya,RasulNya,  Untuk Pemimpin muslimin dan Muslimin seluruhnya”

Inilah ungkapan terbaik yang difikirkan sebagai pembuka tirai bagi blog yang saya mulakan ini, mudah-mudahan ianya menjadi bahan manfaat untuk tatapan umum, atau sekurang-kurangnya ia boleh menjadi simpanan memori saya terhadap apa yang saya hadapi dan kemudian saya tafsirkan berdasarkan ilmu dan pengalaman saya sepanjang jalan menuju Allah Azza wajalla… (selanjutnya…)

Read Full Post »