Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Pada mulanya saya ingin menyambung perbicaraan tentang poligami seperti yang dijanjikan pada post yang lalu.Tapi saya rasakan ada satu perkara yang lebih penting daripada itu yang banyak di abaikan oleh ramai orang walaupun orang itu bergelar ulamak atau Daie.Begitu juga supaya tidak disilap tanggap tentang penekanan saya terhadap keluarga bahagia ,bahawa keluarga bahagia bukan segala-galanya.Demi keluarga bahagia ibu bapa tidak boleh diabaikan.Demi isteri solehah, penyebab untuk kesyurga tidak boleh dikesampingkan…demi generasi pewaris, pewaris asal tidak boleh dilupakan… Teruskan pembacaan »

Pada minggu lepas seorang kawan bagi tahu saya bahawa dia sedang membantu kawannya yang sedang dalam krisis rumahtangga. Saya tanya dia dah berapa lama mereka  kahwin? katanya dah 18 ke 20 tahun. saya tanya lagi berapa orang anak mereka  jawabnya tiga, anaknya pun dah besar-besar…

Pada bulan lepas juga seorang teman menceritakan  kepada saya yg isteri pertamanya telah tidak lagi mempercayainya selepas empat ke lima bulan dia berpoligami dengan keizinan isteri pertamanya. Semua yang dibuat atau dituturkan semuanya ditafsirkan salah, seolah-olah isterinya tidak pernah mempercayainya dan seolah-olah dia tidak pernah berlaku jujur dengan isterinya… tempuh perkahwinannya yang berlalu juga hampir dengan kes yang pertama. Teruskan pembacaan »

Bagi seorang Muslim dia amat jelas daripada perkhabaran al Quran dan juga al Sunnah bahawa hakikat hidup dunia adalah satu perhentian untuk mencari bekal untuk satu kehidupan yang kekal abadi. Nak atau tak nak semua manusia akan menuju kepadanya.Dan semua manusia adalah sama, yang bezanya adalah sama ada dia tahu atau tidak hakikat ini dan apabila dia tahu yang bezanya pula adakah dia bersedia atau tidak untuk menghadapinya.

Kehidupan di dunia ini pada hakikatnya bukan tempat pembalasan sebenar walaupun kadangkala ia nampak macam dibalas baik mereka yang melakukan kebaikan dan dibalas buruk bagi mereka yang melakukan kejahatan. Hakikat sebenar hidup dunia ini adalah tempat ujian dan Allah menjadikan segala bentuk kenikmatan sebagai perhiasan untuk menguji manusia siapakah yang paling baik amalannya. Teruskan pembacaan »

Setiap yang dilahirkan dimuka bumi ini akan melalui suatu tempuh masa yang dinamakan kehidupan.Setiap orang akan menafsirkan kehidupan ini berdasarkan maklumat dan pengalaman yang diterimanya sejak dia mula berfikir dan dapat menyimpan memorinya.Bagi seorang muslim dia melalui satu jalan pintas untuk mengetahui apakah sebenarnya hakikat kehidupan ini melalui maklumat yang diterangkan oleh al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.Itupun bergantung bagaimana cara dia dibesarkan dan sejauh mana pendedahan terhadap maklumat daripada sumber tadi  yang diperolehinya sama ada daripada ibu bapanya atau persekitaran yang  membesarkannya. Teruskan pembacaan »

3-MEMBONGKAR PEMBOHONGAN MUSUH DAN TALIBARUTNYA

Semua pihak di dunia ini boleh mengumandangkan slogan yang indah-indah. Boleh juga menghiasi visi dan misi politik masing-masing dengan prinsip-prinsip universal seperti Hak-hak asasi manusia,prinsip Demokrasi, hak keamanan Dunia Sejagat dan sebagainya. Tapi yang  membuktikan sama ada dakwaan atau slogan itu benar atau bohong ialah perlaksanaannya  di alam nyata. Teruskan pembacaan »

Bermula 27 Disember Israel mula membedil Gaza hingga kehari ini(18 Jan.09). Jumlah korban telah menjangkau 1200 penduduk awam Palestin termasuk 410 orang kanak-kanak  dan lebih daripada 5300 yang tercedera, Israel masih belum mencapai sepenuh misinya,ramai juga di kalangan tenteranya yang terkorban. Yang pasti HAMAS mendapat pablisiti meluas di dalam palestin dan di seluruh dunia walaupun dengan bayaran yang begitu mahal iaitu dengan nyawa penduduk awam Palestin sebagai Syuhada’. Itu bukan pilihan mereka tetapi adalah ketentuan Ilahi yang penuh dengan hikmahNya di sebalik sesuatu kejadian…Mereka ditakdirkan terpaksa berdepan dengan manusia yang paling jahat di dunia.Hakikat jahat mereka (Yahudi) telah dinyatakan oleh Allah di dalam al Quran dan telah dipahat di dalam cacatan sejarah peradaban manusia melalui peristiwa-peristiwa yang berlalu. Teruskan pembacaan »

Agama Adalah Kejujuran

kembara di bumi kenyalang

“Agama adalah (an Nasihah) kejujuran , sahabat bertanya untuk siapa wahai Rasulullah? Untuk Allah, Kitabnya,RasulNya,  Untuk Pemimpin muslimin dan Muslimin seluruhnya”

Inilah ungkapan terbaik yang difikirkan sebagai pembuka tirai bagi blog yang saya mulakan ini, mudah-mudahan ianya menjadi bahan manfaat untuk tatapan umum, atau sekurang-kurangnya ia boleh menjadi simpanan memori saya terhadap apa yang saya hadapi dan kemudian saya tafsirkan berdasarkan ilmu dan pengalaman saya sepanjang jalan menuju Allah Azza wajalla… Teruskan pembacaan »

salam taaruf

ahlan wasahlan..salam taaruf daripada ana Rushdan bin Abdul Halim.