Saya pada mulanya ingin meneruskan nasihat saya dalam bab berpoligami, tetapi memandangkan ianya amat sensitif ditambah pula tidak banyak masa yang saya boleh ruangkan untuk mengadap komputer kerana kebanyakan masa saya berada dalam kereta atau di tapak pembinaan…maka saya fikirkan lebih baik saya berkongsi dengan pembaca budiman yang meminati blog saya dengan persoalan-persoalan daripada fenomena yang berlaku dalam kehidupan terutama kehidupan para pendakwah dan juga mereka yang ingin kembali kepada islam sebagai cara hidup.
1- Setelah sekian lama memerhati perkembangan dakwah di kalangan pelajar IPT satu fenomena ketara yang berlaku ialah ramai di kalangan pelajar wanita yang lebih mudah memberi komitmen untuk mengikuti tarbiyyah dibandingkan pelajar lelaki.Hasil perbincangan saya dengan kawan-kawan dalam organisasi dakwah lainpun perkara yang sama berlaku juga kepada mereka. ada diantara IPT yang mana bilangan pelajar wanitanya yang mengikuti tarbiyyah 120 orang pelajar lelakinya hanya 30 ke 40 orang.
Pernah saya lontarkan satu idea dalam satu penyampaian saya kepada akhawat ISMA di UKM Bangi, supaya akhawat memikirkan satu modul yang mana dengan modul itu akhawat boleh jadi lasak mentalnya sehingga apabila dia kahwin dengan orang yang tidak berapa faham masalah dakwah dan tarbiyyah pun dia masih boleh membentuk keluarga muslim “Usrah Muslimah” sebagai satu solution kepada fenomena di atas.Idea ini sebenarnya lebih bersifat cabaran kepada para akhawat/muslimat terutama naqibat daripada ianya sebagai solution sebenar…
Beberapa persoalan daripada fenomena di atas:
1- Tidakkah menjadi hak kepada akhawat/muslimat yang ditarbiyyah untuk memperolehi suami soleh (seperti kakak-kakaknya dalam tarbiyyah) yang faham tentang dakwah dan tarbiyyah dan seterusnya meneruskan perjuangan membentuk keluarga muslim “Usrah Muslimah”…? bagaimana caranya jika fenomena di atas masih berlaku..?
2-Bolehkah mengikut kefahaman Islam dan tarbiyyah yang betul seorang isteri beranggapan bahawa suaminya yang soleh itu hanya suaminya dan ayah kepada anak-anaknya sahaja sampai bila-bila(sampai mati), dengan alasan dia sudah berbelas tahun mengharungi susah payah bersama membina “keluarga bahagia”? Bolehkah sikap monopoli kasih sayang suami(dengan izin) itu berlaku kepada seorang isteri yang solehah? soalan yang lebih berat lagi.. Solehahkah seorang isteri memberi kata dua kepada suaminya (yang dia yakin tentang kejujuran serta kemampuan dan sifat tanggungjawab suaminya) bahawa: sama ada dia sahaja sebagai isteri atau yang baru..?
3- Wajarkah seorang wanita yang belum berkahwin mengambil pendirian untuk tidak berkahwin dek kerana takut bermadu dan dilebelkan sebagai perampas suami orang?atau menggugat kasih sayang sebuah keluarga bahagia? adakah sikap itu bertepatan dengan Maqasidu al Syariah dalam masalah perkahwinan dan dalam mengharuskan poligami?…
4- Wajarkah seorang lelaki muslim yang Allah kurniakan kelebihan harta dan kedudukan kepadanya, serta Allah kurniakan Akhlaq yang tinggi serta kebijaksanaan memimpin keluarga dan masyarakat hanya berpada dengan saiz keluarga yang kecil dek kerana takut masalah, atau malas nak mencari masalah? atau selesa dengan “keluarga bahagia”… yang pada umurnya blm sampai 50 tahun sudah menghitung jadual untuk menghantar dan mengambil anak yang akan ke IPT atau pulang daripadanya.? Tanpa menghulur tangan pemurahnya dan rahmahnya melihat keperluan semasa, mengorbankan sedikit keselesaan dan rasa relaknya… atau perjuangan jenis itu sudah berakhir…?
cukup dulu 4 soalan untuk satu fenomena yang mana banyak lagi fenomena yang mengeluarkan banyak persoalan yang memerlukan jawapan berasaskan asas-asas pemikiran yang betul dengan mengambil kira perasaan yang berbagai supaya ADUNAN UBAT TIDAK BERTUKAR MENJADI RACUN…
Asm, setelah beberapa kali membaca (dengan tenang) posting di atas, saya pun ingin melontar kembali beberapa persoalan :
1. Adakah keadaan sekarang begitu mendesak (daruri) sehingga poligami menjadi satu kemestian pada penyelesaian keadaan ini? Pada hal, kita lihat wanita-wanita yang tidak berkahwin tersebut, masih boleh meneruskan hidup mereka, kerja mereka hatta dakwah mereka tanpa gangguan …..
2. Adakah tidak solehah seorang wanita itu merasa amat terguris dengan tindakan atau hasrat suami untuk berpoligami setelah beliau berkorban dan bersungguh-sungguh mencintai suaminya dan melayannya tanpa rasa jemu tetapi dengan penuh rasa tanggungjawab?
3. Apakah jaminan seorang suami yang berpoligami boleh bertambah istiqamahnya dalam jalan dakwah? Realiti semasa, mendapati ada sebahagian suami yang berpoligami hanyut dalam kemelut rumahtangga (tidak kira berpunca dari isteri pertama atau isteri kedua).
4. Tidakkah seorang suami yang ingin berpoligami itu mengambil kira perbezaan umur yang begitu jauh jika ingin mengahwini wanita-wanita muda ‘single’ yang komited dengan dakwah? Tidak ada lagikah ibu-ibu tunggal yang mempunyai anak-anak yang komited dengan dakwah, lebih perlukan pembelaan sewajarnya dari wanita-wanita ‘single’ tadi?
sekadar beberapa solan dari saya yang masih cetek dari segi pengetahuan dan pengalaman rumahtangga …..
salam ukhuwwah fillah..
em, persoalan2 yg menarik utk sama2 fikirkan dan hayati..sekurang2nya dapat membuka minda kita t’hdp isu yg dikatakan sensitif dan kontroversi ni..
bila bercakap ttg hak..setiap insan (lelaki & wanita muslim) masing2 ada hak utk mempunyai keluarga muslim “Usrah muslimah”.. Dan sewajarnya setiap akhawat/ muslimah yg ditarbiyyah berhak utk memperolehi bukan shj suami yg soleh malah seorang suami yg musleh yg akhirnya dapat menyambung & mendidik zuriat yg soleh/solehah.. InsyaAllah
Jelas betapa pentingnya akhawat/muslimah memilih siapakah pasangan hidupnya supaya perjuangan tak berhenti sekerat jalan dlm memastikan kelangsungan dakwah di muka bumi Allah.. InsyaAllah
Persoalan bagaimana caranya jika fenomena di atas masih berlaku?
sbnrnya agak sukar utk menafsir kehidupan yg bakal ditempuhi oleh seseorang.. jika ditakdirkan utk mendapat suami yg kurang faham, ia merupakan 1 cabaran yg besar & semestinya seorang akhawat/ muslimah itu perlu kuat & berhati teguh utk membina keluarga muslim spt yg dicita2kan..jika tidak, sebaliknya pula akan berlaku. Na’uzubillah..(namun lumrahnye lelaki lebih kuat drp wanita )
Cume kita boleh lihat berdasarkan himpunan pengalaman2 lepas di mana kita boleh mengambil kira apa yg akan berlaku (iktibar ma sayakun)..ape kesan & akibatnya.. So apa solution yg terbaik? sama2 renung dan cuba muhasabah diri
Dlm soal ukhuwwah yg selalu ditekankan dlm tarbiyyah.. Sebenarnya dah sampai tahap mane ukhuwwah di kalangan akhawat/ muslimah? Adakah setakat berkongsi pengalaman, berkongsi barang2, berkongsi tenaga dan…? Kalau disentuh dlm bab berkongsi kasih pulak macam mane? Agak2 ukhuwwah kita blh sampai tahap tu x? Tepuk dada, tanyalah iman..
Ape pun jodoh di tangan Tuhan.. jika Allah nak takdirkan sesuatu utk hambaNya, sbg hamba kita x mampu nak tolak dgn kudrat yg kita ada..Hanya yg mampu kita usahakan adalah berdoa kpd Yang Maha Agung agar dikurniakan yg terbaik utk diri, agama dan kehidupan kita. moga redha Allah menjadi matlamat kita dalam meraih cintaNya yang hakiki.. Ameen
wallahu’alam
banyaknya soalan seoalah-olah kita mempertikaikan ‘maha bijaksananya’ Allah ketika mensyariatkan poligami…takut gugur pulak iman kita…hati2 bila berbicara…baca dulu al-Quran dan tafsirannya…apatah lagi kita berbicara dari aspek dakwah…
saya cadangkan akhawwat yg takut dipoligamikan supaya elok memilih hidup bujang sampai akhir hayat…takde risiko…
salam alaik..
Realitinya memang ramai di kalangan masyarakat hari ini yg mempersoalkan isu poligami serta mempertikaikannya.. (walaupun poligami diharuskan dlm Islam.. dan sudah termaktub dlm Kalamullah..)
Soalan kenapa mesti cari yg lain jika dah ada keluarga yg bahagia dan tiada sebarang masalah pun dlm rumahtangga? Betul ke kalau fikir mcm tu? mungkin ade betulnye tapi mungkin jugak tak berapa betul dgn tanggapan sedemikian..
Jika dipersoalkan tentang status sama ada wanita muda “single” atau ibu tunggal ia bukanlah suatu masalah besar dlm berpoligami.. Namun tidak dinafikan poligami merupakan salah satu cara utk membela kaum wanita yg lemah spt ibu2 tunggal..
kadang2 kita perlu jugak berfikir di luar kotak.. (asalkan tidak menyimpang dari landasan Islam)
Sesungguhnya Allah sudah mengaturkan perjalanan hidup hamba-hambaNya.. ape yg berlaku dlm kehidupan seseorang adalah berbeza antara satu sama lain.. begitu juga soal perasaan. Wujudnya perasaan kasih sayang dlm diri seseorang kadang2 hadir tanpa diundang & tidak mengenal jarak atau status (diharuskan selagi mana tidak bercanggah dgn batas2 syariat). Apepun kita perlu akur pd takdir Allah dan akui bhw jodoh di tangan Allah..
sekadar perkongsian bersama sahabat2 pembaca..
“POLIGAMI YANG SELALU DIZALIMI..”, boleh layari blog di bwh :
http://pernikahanbarakah.blogspot.com/search/label/poligami
Asm.
Tahniah Ustaz krn berani mengutarakan isu poligami…kita perlu dai’ spt ustaz yg boleh berckp apa saja urusan ummat Islam walaupun pahit… kalau ada halangan tu bermakna ustaz di jln yg benar insyaAllah.
Sudah lama saya mencari-cari seorang dai’ yg haraki utk berckp ttg masalah ummah ini. Isu poligami seolah-olah ditinggalkan oleh ummat Islam krn pengaruh missionaries dan orientalists semakin menebar di kalangan ummat Islam sendiri. Terlebih malang lagi pengaruh yg tidak baik ini juga terkesan kpd pendakwah2 baik wanita lelaki ataupun wanita.
http://milkyway27.wordpress.com/
Asm.
Saya rasa terpanggil utk menulis lagi ttg isu poligami ini walaupun ada yg tak menyukainya. Kalau tak suka isu poligami ini kita kena check semula keimanan kita kpd Allah Taala. Sebab apa tak suka, sedangkan yg asas dlm Islam ialah kita suka apa yg syarak kata boleh dan kita tak suka apa yg syarak kata tak boleh/benci.
Apabila Allah Taala menurunkan ayat2 ttg poligami sbg. cth. Surah Al-Nisaa’ ayat 3, Allah Taala Maha Mengetahui akan perihal manusia di atas muka bumi ini dari Nabi Adam sampailah ke hari Kiamat dan seterusnya sehingga ke hari pembalasan. Itu adalah aqidah kaum Muslimin iaitu Allah Maha Mengetahui apa yg telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Kita sbg manusia diuji utk menerima apa yg telah ditetapkan oleh Al-Quran sebagaimana yg telah disampaikan oleh R SAW dan juga melalui hadis2nya.
Salah satu ketetapan yg kita mesti terima ialah kebenaran utk beristeri lebih dari satu isteri tetapi tidak boleh melebihi empat isteri. Itu adalah hukum yg telah ditetapkan dengan syarat poligami itu mestilah ADIL. Itu syarat yg telah ditetapkan oleh Allah Taala di dlm Surah Al-Nisaa’ tadi. Sekiranya suami takut tidak boleh berlaku ADIL maka dia hendaklah berkahwin dengan satu isteri shj.
Mengikut buku Syeikh Prof. Dr. Yusoff Al-Qardawi di dlm “The Status of Women in Islam”, beliau mengatakan poligami ini diamalkan oleh majoriti para Sahabat R SAW. Apakah reaksi Muslimat/Akhawat pada masa itu? Saya berkeyakinan situasi para sahibah/akhawat/muslimat pada masa itu ialah menerima ketentuan Islam dengan redha sepenuh hati kerana itu adalah satu syariat yg telah ditetapkan dengan jelas di dlm Islam dan mereka faham dengan seyakin-yakinnya hati-hati mereka (sahibah/akhawat/muslimat) akan apa yg telah dibenarkan/diizinkan di dlm agama Islam kita yg suci ini.
Berlainan dengan situasi atau reaksi yg ditunjukkan oleh sebilangan kecil muslimat sekarang yg sgt melenting bila bercakap ttg poligami dan mereka menggunakan kepandaian bercakap/menulis mereka utk menentang sesiapa saja yg mahu bercakap ttg kebaikan poligami dan perlunya pensyariatan poligami ini pada waqi’ (realiti) masyarakat sekarang.
Saya menyeru kpd sahibah/akhawat/muslimat supaya bersama-sama memikirkan bhw syariat2 di dlm Islam bukannya utk disanggah atau ditolak atau diragui malah ianya adalah ditentukan oleh Islam utk menyelesaikan permasalahan manusia walaupun ianya berat utk kita menerimanya.
Berapa lama lagikah sisa-sisa masa yg kita ada di atas dunia ini? Hampir setiap hari, manusia di sekeliling kita, meninggal dunia, Michael Jackson, saudara-saudara kita, jiran, kawan-kawan rapat kita telah dipanggil oleh Allah. Kita cuma menunggu masa saja, bila-bila masa saja orang akan mengatakan si pulan bin si pulan telahpun meninggal dunia. Bagaimana sekiranya si pulan bin si pulan atau si pulanah binti si pulan itu adalah KITA.
Sekadar satu pendapat peribadi saya.
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
Bila saya terbaca aje….. saya senyum.. Dah agak dah, isu poligami memang panazzzz… Pernah beberapa kali saya melayari blog2 lain dan minta pendapat dari beberapa forumer, sama aje … Terutama muslimah kita yang paling bergelora.. hmmm. Itu memang naluri dan fitrah seorang wanita. Masakan boleh bicara tentang isu poligami… sedang kan mereka terlalu kasih akan suami yang telah lama bersama. Bersama mengharungi susah payah… tup-tup nak di sambar oleh orang lain. Bermacam-macam kerenah suami yang telah diketahui. Pahit manis dilalui dengan seribu kenangan…
Persoalannya :-
Adakah dengan beristeri satu itu, si isteri telah membahagiakan suaminya?
Adakah dengan beristeri satu itu, si isteri telah berlaku adil dengan suaminya?
Adakah dengan beristeri satu itu, si isteri telah bertungkus lumus menjaga dirinya, anak-anaknya dan rumahtangganya?
Adakah dengan beristeri 2 itu, si isteri akan kehilangan hak mereka, kasih sayang mereka, anak2 mereka, keistimewaan mereka?
Sebagai hamba Allah yang selama-lamanya menjadi hamba… harus lah bersikap terbuka dalam menangani isu-isu sensitif.. Sebagai seorang isteri yang soleh. Isteri yang berjuang, berusrah dan berpegang teguh dengan ajaran Islam, tidak seharusnya melenting bila di usulkan dgn isu poligami.
Mungkin kita hanya meminta pendapat sahaja. Seharusnya bagi kamu muslimin harus di beri penekanan supaya lebih bersikap adil pada isteri. Bagi mereka yang ingin berpoligami, ingin ana sarankan agar mereka diberikan kursus khas oleh ustaz-ustaz yang mempunyai pengalaman. Hanya mereka yg beristeri lebih dari satu sahaja boleh berceramah dengan terperinci. Ini kerana mereka menjalani kehidupan berpoligami itu setiap hari.
Bila ADIL itu di persoalkan… ana jadi geli hati… Sebenarnya adil itu bukan dari pihak suami sahaja. Isteri-isteri juga harus bersikap adil pada suaminya. Setiap isteri itu adalah pelengkap bagi isteri yang lain. Kebahagiaan sebenar boleh dikecapi sekiranya mereka lebih menghormati sesama mereka. Menghormati suami sebagai ketua rumah tangga. Bapa kepada anak-anak mereka. Isteri2 juga harus berterus terang dengan segala permasalahan.
Hanya sekadar itu sahaja yang dapat ana sampaikan. Semoga Allah membuka minda kita dalam menerima apa jua perkara-perkara yang dihalalkan. Selagi mana ianya tidak menganiaya orang lain.
ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ .
Askm,
saya rasa, persoalan yg dibangkitkan ustaz di sini, dan di kemukakan juga persoalan2 oleh endang cth nya, pada pemahaman saya, dgn persoalan2 tersebut, bukan masalah suka tak suka, terima tak terima poligami itu yg jadi pokok bicaranya. Allah sendiri tak mewajibkan poligami, cuma mengharuskan…. jadi, sebelum bertindak, banyak persoalan yg perlu diteliti halus dahulu, sebab bab bina masjid ni, bukan boleh ikut sedap hari ni bina, esok lusa runtuh aje bila tak kena gaya. Sebelum sesuatu itu berlaku, pikir2 betul2, tengok elok2, timbang dgn saksama, insyaAllah, hasilnya nanti, kita pohon yg terbaik dari Allah…. Dia yg menentukan. Saya tak rasa, endang atau yg seumpama nya bermaksud menidakkan poligami….siapa kita nak lawan apa yg Allah dah bolehkan, cuma bezanya, Allah tak mewajibkan, kalau soal solat kita tanya macam2, itu ye dah lawan tokeh…tapi poligami, diharuskan, so perlu diteliti sehalus mungkin….
Nah, di situ kebijaksanaan Allah!!! Mengharuskan poligami, bukan mewajibkannya walau dalam apa keadaan pun. Cuba ikhlas berfikir, insyaAllah, akan ada jalan keluarnya.
Wallahu’alam.
Assalamu’alaykum,
Apa yg menjadi permasalahan sekarang ialah ada orang Islam yg menyatakan ketidakpuasan ttg pensyariatan poligami dengan mengatakan keburukan2 yg dilihat di dalam masyarakat baik yg real atau lakonan2 di TV atau filem. Mereka tidak mahu poligami berlaku di dalam keluarga mereka lalu mereka menceritakan kpd orang lain yg poligami ini tak elok, tak bagus dalilnya tengoklah keluarga itu rumahtangga porak-peranda, isteri menjanda, anak-anak tidak diberi nafkah, isteri diabaikan oleh suami dek kerana poligami dgn isteri muda dll.
Sebagai satu analisa apa yg berlaku iaitu bila seseorang mengatakan ttg keburukan2 poligami maka dia TIDAK menyukai akan pensyariatan poligami ini sebabnya banyak menimbulkan masalah dan tidak boleh menyelesaikan problem dlm masyarakat. Apabila kita mengatakan yg sistem poligami ini tidak betul atau tidak boleh menyelesaikan permasalahan yg berlaku di dlm masyarakat maka kita sebenarnya secara sengaja atau tidak sengaja mengatakan Allah Taala, na’uzubillahi min dzaalik menurunkan kpd ummat Islam suatu sistem yg tidak boleh menyelesaikan permasalahan di dlm masyarakat. Na’uzubillahi min dzaalik. Astaghfirullah.
Walaupun sesuatu sistem yg diturunkan oleh Allah Taala itu adalah HARUS, itu menunjukkan kebenaran yg diberi oleh Allah Taala. Sekiranya kita berfikir lebih jauh lagi ttg hukum (mungkin ulama’ sudah memutuskan hukum ttg poligami ini samada HARUS, WAJIB, HARAM, dan sebagainya, wallahu’alam) spt seorang yg kaya, berkemampuan dan boleh berlaku ADIL terhadap isteri2nya dan takut kemungkinan berlaku penzinaan adalah lebih wajar baginya beristeri lebih dari satu.
Bila nak melihat sesuatu hukum di dlm Islam kita tak boleh lihat dari satu segi sahaja atau mengambil kira keadaan seseorang sahaja spt kita melihat org yg bergaji 2, 3 ribu tapi tidak melihat org yg 20, 30 ribu sebulan dan boleh berlaku ADIL (syarat berpoligami).
Sekiranya baik apa yg saya katakan itu adalah drpd taufiq dan hidayah Allah Taala dan sekiranya ada kelemahan dan kesalahan ttg apa yg saya perkatakan itu adalah kelemahan dan kesalahan saya sendiri. Saya memohon ampun kepada Allah Taala dan tolong nasihatkan saya.
Assalamulaikum..
Ana rasa, isteri yng berada dalam dilema ni pun actually tahu dan sedar tentang hakikat poligami; halal dan sebahagian dari syariat Islam dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Cuma, buat waktu ini, dia sedang berada dalam ‘denial state’, menurut istilah psikiatri. Iaitu dia belum dapat menerima kenyataan.
Amat normal bagi seorang wanita yang mencintai suaminya bertindak sedemikian, menurut pendapat ana..
Wanita tak kuat emotionally. Lelaki biasanya lebih kuat emotionally. Bila wanita sedang emotional, si suami jangan ikut rentak, emotional sama.
Si suami perlu berikan masa bertenang buat isteri.. Pujuk dia dengan baik. Cuba fahami dia. Cuba slow talk dengan dia dengan penuh hikmah. Andai dia belum ready untuk dislow talk, tunggu sampai dia betul2 ready..
Juga, doakan dia, agar dia tenang, agar dia kuat, agar dia tabah hadapi situasi ini. Doalah pada Allah; Tuhan yang membolakbalikkan hati.
Assalamua’laykum wrt,
Ana sebagai anak pun x rela ayah ana berpoligami. Kenapa ye? Sebab ana kenal ayah ana. Tapi. insha-Allah bila ayah ana faham tanggungjawab dakwah, nak berpoligami , ya silakan!
Kita faham realiti isu panas poligami ni, berdasarkan pemerhatian masyarakat sekeliling. Kalau ada masalah pun timbul kerana tidak faham. Kita belum ada lagi qudwah dalam poligami. Asatizah yang ana kenal pun tiada yg berpoligami.
Fenomena akhawat lebih ramai dari ikhwah di mana2 pun dimaklumi oleh ikhwah akhawat. Sedih juga akhawat2 yg masih belum menikah sedangkan usia meningkat. Masih menanti ikhwah. Tiada angin masakan pokok bergoyang. Ada masalah, sudah ada solutionnya. Tunggu masa sahaja untuk sedia guna atau tidak.
Artikel ini mungkin sebagai kickstart. Siapa ya akan mulai menjadi qudwah pertama dalam poligami berteraskan dakwah?
Tunggu dan lihat…
Wallahu’alam
Wassalam
Asm.
Ada seorang ustaz, da’ie, harakiyy, pernah berkata utk memahami syariat poligami di dalam Islam biasanya orang yg berumur 40 tahun ke atas. Saya menambah umur 37 thn, 38 thn pun boleh memahaminya juga.
Saya bimbang sebenarnya bila mendengar perkataan tidak rela, tidak suka, benci, menyampah, meluat, ttg syariat poligami ini.
Misalan yg ingin saya utarakan di sini spt berikut:
Saya tidak rela ayah saya mengamalkan poligami, sebab saya tidak suka syariat poligami. Kenapa tidak suka syariat poligami sebab ayah saya tidak layak utk berpoligami. Sebab apa ayah saya tidak layak berpoligami sebab dia masih kurang penglibatannya dalam dakwah. Jadi dia masih tidak layak utk berpoligami sehinggalah ayah saya menjadi seorang da’ie yang komited, yang taat beribadah macam ‘alim ulama’. Apa syarat poligami sebagaimana yang Allah Taala nyatakan di dalam Al-Quran? Allah Taala berfirman sekiranya kamu boleh berlaku adil kamu boleh mengahwini wanita-wanita dua, tiga, atau empat. Sekiranya kamu takut tidak boleh berlaku adil kahwini seorang sahaja.
Kenapa kamu tidak rela? Sebab kamu benci kepada syariat poligami. Sebab kamu selalu tonton di dalam TV, filem banyak keburukan ttg poligami. Sebab apa kamu kata syariat poligami buruk sebab kamu tak jumpa contoh yang baik. Mungkin sebab kamu tak baca sirah Islam, bagaimana terdapat banyak contoh2 para sahabat Baginda, tabi’in dan banyak lagi yang menunjukkan contoh yg baik. Kamu tak yakin apa yg Allah Taala turunkan iaitu syariat poligami? Kamu tak baca Al-Quran surah Al-Nisaa’ ayat 3? Atau kamu skip (langkah) saja ayat itu dan baca ayat2 yg lain saja? Bolehkah kamu tinggalkan satu ayat di dalam Al-Quran sebab kamu tidak suka syariat itu? Jawapannya sudah tentu tak boleh sebab kita WAJIB beriman kepada Al-Quran keseluruhannya.
Nasihat saya: Belajarlah daripada guru/ustaz yg ikhlas dan berpengalaman…ilmu bukan semata-mata melalui buku tetapi banyaknya datang dari pengalaman hidup.
Marilah kita sama-sama bertaubat sebelum kita dipanggil pulang oleh Allah Taala dalam keadaan kita membenci syariatnya. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah…
http://milkyway27.wordpress.com
Saya dulu isteri kedua. Isteri pertama marah dan kecewa bila suami menikahi saya. Mereka berpisah. Kemudian suami nikah lain tanpa pengetahuan saya dan kini saya bermadu dengan janda anak 3. Memang hati terluka sebab suami menikah tanpa pengetahuan saya. Saya mohon dilepaskan tapi kami rujuk semula. Saya minta diberi sedikit masa menerima hakikat bahawa saya sudah bermadu dengan wanita lain. Bukan saya menolak poligami tetapi dari gerak hati sendiri, saya rasa madu saya tidak berniat ikhlas. Ternyata gerak hati saya benar. Madu melarang suami berjumpa saya tanpa urusan. Terbaru dia menyebarkan fitnah kepada suami … kononnya saya memberi suami nasi tangas. Tertutup pintu hati saya untuk menerima kehadirannya sebagai madu saya. Malah kepada suami saya nyatakan .. saya tak redha dan tidak mahu berkongsi suami dengan dia. Saya masih menantikan keputusan nya.
salam,
nasihat saya saudari bersabar lebih baik dan anggap semua yg saudari hadapi itu adalah ujian hidup sepertimana yg madu pertama hadapi dahulu,tetapi dia tidak tahan dengan ujian itu lalu menyebabkan perpisahan…Percayalah jika saudari betul-betul baik dan pandai melayan suami sepertimana yang Islam anjurkan kasih sayang suami tetap dengan saudari walaupun buat seketika mungkin suami nampak menyayangi yang baru…Allah mengajar kita supaya menolak sesuatu kejahatan dengan berbuat baik, nescaya orang yang pernah berbuat jahat kepada kita akan baik dengan kita seperti kawan yg paling akrab…(Surah Fussilat: ayat 24 )
Assalamualaikum semua,
Perbincangan tentang hal poligami ini biasanya tak berkesudahan, kaum wanita kebanyakannya menentang habis-habisan walaupun mati hidup semula, sebab tak kena batang hidung mereka, tetapi kalau mereka menjadi janda atau anak dara lewat usia masa itu fikiran mereka akan berubah, mereka akan berkata alangkan bagus nya jika ada orang yang mahukan mereka walaupun sebagai isteri ke dua janji lelaki tersebut baik, beiman dan dapat berlaku adil.Cuba renungkan pendapat saya ini.
Salam sejahtera,
Terbisik dalam hati untuk melayari secara lanjut dalam blog ini..
Saya wanita bekerjaya dan masih bujang.Apa yang saya inginkan dari segi kebendaan, semua saya perolehi walaupun dalam bentuk yang tidak seberapa namun sekurang-kurangnya masih dapat memenuhi keperluan saya sendiri dan keluarga ( ibu dan adik-beradik yang lain ).
Dalam masa yang sama, saya telah berkenalan dengan seorang lelaki ( lewat 40an ).. iaitu suami orang merangkap ayah kepada 2 putri, 1 putera. Semakin lama perkenalan kami membawa kepada percintaan dan kasih sayang. Sudah beberapa kali kami membincangkan tentang masa depan untuk bersama tetapi ada saja perkara yang kami tak dapat nak elak termasuklah baru2 ini kata2 ‘warning’ daripada isteri dan anak2 gara2 terbacakan sms daripada saya dalam telefon bimbit si suami. Terpaksalah kami pendam sementara perkara ini.
Bagi pihak saya pula, memang saya tahu suami kahwin lain ini amat menyeksakan bagi isteri pertama. Perasaan anak2 pun saya ambil kira.Memang sakit dan perit dan susah nak mengambarkan perasaan terluka itu. Meniti usia 30an ini, saya telah pun mengalami pelbagai ragam lelaki. Tetapi setakat ini, hanya dia sajalah lelaki yang mampu membimbing dan menjadi landasan saya untuk beramal dalam agama serta menentukan kehidupan yang lebih sempurna. Saya bukan tak nak mencari pasangan yang masih muda dan ‘single’ tapi dah berkali-kali saya tewas dalam perhubungan cinta dengan lelaki muda dan ‘single’ ni. Semuanya seperti bercinta dalam mimpi sahaja. Tak pernah rasa dihormati, dihargai seperti sekarang.
Bila berfikir tentang hubungan cinta dengan suami orang ni, saya jadi serba-salah kerana bimbang dilabel sebagai perampas laki orang, ayah orang…Pelbagai tanggapan negatif masyarakat meniti dari mulut ke mulut membuatkan saya pasrah sehingga pernah terlintas dalam naluri saya untuk nekad tidak akan berkahwin sampai bila2. Hingga kini, seluruh keluarga saya masih belum mengetahui saya sedang bercinta dengan suami orang. Saya risau untuk mengutarakan hal peribadi saya walaupun dengan keluarga sendiri. Lebih2 lagi kepada ibu saya. Semestinya ibu akan terkejut dan serta-merta tidak akan setuju kerana pilihan saya adalah suami orang dan orang yang bakal saya pilih ini lebih tua usianya berbanding dengan usia ibu. saya menjadi lebih bercelaru sebab telah berkali-kali ibu menasihati dan mendesak saya agar berkahwin. Sebagai kaum Hawa yang lemah, saya hanya mampu menangis kerana tak tertahan dengan situasi begini.
Saya tahu orang akan berkata ‘ kenapa tak cari lelaki lain selain suami orang? kan ramai lagi lelaki2 yang baik diluar sana…’ Pertanyaan seperti ini selalu muncul dari mulut orang2 yang sudah berkahwin. Kenapa? adakah mereka melihat bercinta dengan suami orang ini 1 dosa atau tidak wajar wujud dalam masyarakat kita kini? Adakah bersalah besar sangatkah sekiranya kaum Adam itu berkahwin lebih dari 1 ? Atau mereka takut pasangan mereka berpaling tadah terhadap mereka atau takut untuk dimadukan? BERMADU…. bila kita menghayati ayat ini, secara amnya memang memeritkan. Terpulang dengan cara kita mencorakkannya. Sekiranya kita negatifkan ia, maka negatif lah.. Kadang2 terdapat isteri yang bila mengetahui suaminya ingin berkahwin lagi 1, maka dia pun nekad untuk meminta cerai dengan suami. Si isteri akan meracuni fikiran anak2 supaya berpihak kepadanya. Si suami akan dibuang keluarga..Tidakkah mereka terfikir bahawa si suami ini cuma seorang insan biasa saja dibumi Allah ini? si suami juga punya perasaan dan nafsu ( yang terkawal ) serta keinginan terhadap sebarang perkara yang ada dimuka bumi ini.. Sekiranya hal ini terjadi, maka perempuan lain yang ingin dikahwini oleh si suami ini pula manjadi mangsa. Mangsa tohmahan.. Dikatalah pula sebagai perampas suami orang, pemecah belah rumahtangga, dan yang lebih menyakitkan sekali apabila dituduh sebagai penumpang harta.. Dimanakah terletaknya martabat seorang wanita sekiranya wanita itu sendiri mengata, mencaci, mengkeji, melemparkan tuduhan2 tanpa menyelidik terhadap kaum sejenis mereka ? Lebih2 lagi tidak mahu menerima kehadiran wanita lain dalam hidup mereka.?
Saya tidak pernah bersemuka dengan keluarga kekasih saya ini. saya hanya mendengar kisah keluarganya dari cerita si dia sahaja setakat ini. Kekasih saya juga merasa serba salah kerana dia juga amat menyayangi keluarganya itu. Dia tak sanggup bercerai dengan isteri sekiranya dia berkahwin dengan saya. Hal ini benar2 menghimpit kami berdua.Saya benar2 tertekan kerana kami hanya berjumpa sekali-sekala sahaja dan berhubung melalui telefon pada waktu berkerja.Kadang2 saya sendiri rasa bersalah untuk berjumpa dengannya dengan cara takut2. Takut kalau2 kawan isterinya ternampak akan perjumpaan kami. Hal ini membuatkan jiwa saya kosong pabila memikirkannya. Sampai bila kami nak berjumpa macam ni? Sampai bila kami nak takut akan keadaan sekeliling bila masa nak berjumpa..? Berkecamuk otak saya.
Tiadakah cara penyelesaian yang terbaik bagi masalah saya ini? Apa yang saya harapkan adalah penyelesaian seperti ‘ menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak’. Tiada pihak terluka, tiada yang rugi dan tiada masalah.
Terima kasih.
I enjoy what you guys are usually up too. This sort of clever work and coverage!
Keep up the great works guys I’ve included you guys to blogroll.