Pada mulanya saya ingin menyambung perbicaraan tentang poligami seperti yang dijanjikan pada post yang lalu.Tapi saya rasakan ada satu perkara yang lebih penting daripada itu yang banyak di abaikan oleh ramai orang walaupun orang itu bergelar ulamak atau Daie.Begitu juga supaya tidak disilap tanggap tentang penekanan saya terhadap keluarga bahagia ,bahawa keluarga bahagia bukan segala-galanya.Demi keluarga bahagia ibu bapa tidak boleh diabaikan.Demi isteri solehah, penyebab untuk kesyurga tidak boleh dikesampingkan…demi generasi pewaris, pewaris asal tidak boleh dilupakan…
“Birrul walidain” atau berbakti kepada kedua ibu bapa adalah satu perkara penting yang ditekankan dalam Tarbiyyah Islamiyyah.Banyak ayat dan hadis yang menekankan perkara tersebut.Malah keredhaan Allah berada bersama keredaan keduanya.Bahkan dalam banyak hadis ianya melebihi seruan berjihad di ketika bukan kerahan umum “Tanfirul am”.
Imam Muslim pernah meriwayatkan: Seorang lelaki mengadap Rasulullah s.a.w. sambil berkata “Aku berjanji pada engkau untuk berhijrah dan berjihad semata-mata mengharapkan pahala. “Rasulullah s.a.w. bertanya “apakah salah seorang tuamu masih hidup? ” lelaki itu menjawab, “ya, malah keduanya masih hidup.” Rasulullah bertanya: “apakah engkau ingin mendapat pahala dari Allah?” Lelaki itu menjawab : Ya. Lalu baginda bersabda ” Pulanglah kepada orangtuamu dan berbuat baiklah kepada mereka…”
Menurut Riwayat Thabarani, seorang sahabat berjumpa Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Aku ingin berjihad fi sabilillah ” Rasulullah bertnya “Apakah ibumu masih hidup?” jawabnya ya, Kemudian Rasulullah bersabda: “Jagalah dia kerana di sana ada Syurga” . Malah Rasulullah pernah berkata pada seorang sahabat bahawa : “Neraka atau Syurgamu ada pada keduanya”
CINTA IBU MELEBIHI SEGALANYA…
Cinta atau kasih seseorang kepada yang lain biasanya bersebab, tetapi bagi seorang ibu cukup dengan hanya seseorang itu anaknya dia akan mengasihininya tak kira anaknya baik atau tak baik kaya atau miskin…Ia juga tidak akan luntur atau pudar dengan sebab anak itu mengasihi orang lain (spt.isteri dan anak-anaknya) dan tidak cemburu jika anaknya mengasihi juga mentuanya.Ia lain pada seorang isteri dalam dia mencintai suaminya, ia bersifat sementara pada setengah keadaan.Ia banyak berasaskan perasaan dan imbal balik daripada tindakan lawan (reaksi).Mungkin puluhan tahun dia mengasihi suaminya tetapi dalam masa sesaat dia boleh berubah membencinya dengan hanya mengetahui bahawa suaminya mempunyai isteri lain yang sama dengannya…kecuali mereka yg kembali kepada kewarasan dan mendapat rahmat Tuhan…Itulah uniknya hakikat cinta yang ada pada seorang wanita yang sama bergelar Isteri dan Ibu…
IBU PENYEBAB KEBAHAGIAAN
Ibu adalah penyebab seseorang itu wujud di alam buana ini, malah dia juga penyebab untuk kebahagiaan seseorang didunia ini dan juga di akhirat, itu adalah janji Pemberi kebahagiaan bahawa “Syurga di bawah tapak kaki Ibu”…dan “Mereka adalah Syurga dan Nerakamu”
NASIHATKU…
Kenapa kita beramal? kenapa kita berdakwah dan berjihad…? kerana mematuhi perintah Allah dan akhirnya ingin mendapat balasan Syurga daripadaNya serta mengelak seksaNya. Maka Tuhan yang sama mengarahkan kita berbakti kepada kedua ibu bapa dan menjanjikan anugerah yang sama jika kita menunaikannya , jadi kenapa kita mencuaikannya…hubungilah mereka, sayangilah mereka, bantulah mereka , nafkahkanlah sebahagian harta kita untuk mereka walaupun mereka tidak memintanya. Ketahuilah bahawa REDHA mereka lebih berharga daripada keredhaan isteri dan anak-anakmu…
Imam Muslim meriwayatkan Bahawa Rasulullah bersabda ” Rugilah dia, rugilah dia, rugilah dia, maka sahabat bertanya siapakah dia ya Rasulullah? Baginda menjawab: ” iaitu orang yang sempat dengan kedua orang tuanya disisinya yang telah tua salah seorang daripadanya atau kedua-duanya, tetapi dia tidak dapat masuk syurga kerananya”.
[...] under Artikel/Cerpen, Peringatan.. – diambil daripada blog Ustaz Rushdan dalam entri bertajuk Kasih, Cinta Ibu… Tiada Galang Ganti… [...]
salam ustaz,
jgn lupa, kasih dan cinta ayah juga tak sama dgn kasih dan cinta suami.cinta ayah, tak berubah, tapi cinta suami boleh bertukar sekelip mata juga.seperti mana kasih ibu itu terlalu tulus, seorang isteri juga bisa mencintai suaminya sebegitu tulus,dan bila cintanya terasa dianiayai,hatinya pasti terluka amat.
salahkah Fatimah,puteri Rasulullah, memohon agar Ali tidak memadukan dia sepanjang hayatnya? Salahkah ucapan Rasulullah “Barangsiapa yg menyakiti puteriku, ia seperti menyakiti diriku”?, bila Fatimah mengadu kepadanya?
Saya bukan ahli agama mcm ustaz, tapi dari pembacaan saya, itulah yg saya dapat. Tak ada isteri yg sanggup berkongsi kasih bila segalanya sudah dicurahkan buat suami tercinta. Tak semua wanita sanggup berkorban rasa, seperti mana ‘penghulu wanita di syurga’, saidatina Fatimah AzZahra.
Jgn sekali2 melabel wanita itu selfish bila tak izin suami madukan dia… kerana anda melabel yg serupa pd puteri Rasulullah.
wallahu’alam.
Ana bersimpati dgn isteri yg berada dalam dilema ini.
Tapi, ana yakin, kalau itulah yang Allah telah takdirkan utk kita, ertinya Allah akan bantu kita melaluinya.
Cinta suami bukan matlamat kita. Tapi cinta Allah itulah matlamat. Cinta suami, hanyalah alat, untuk memperoleh cinta Allah.
Antara penyebab kita merasa kemanisan iman: kita cintakan Allah dan rasulNya melebihi segala2nya.
Moga Allah membantu kita, menenangkan hati kita, dan mempermudahkan urusan kita.
salam..
menarik entri ustaz , boleh ditafsir dari berbagai sudut.. beruntunglah mereka yang mentafsir dari sudut yang positif.
menariknya teringat saya tentang kisah yg diceritakan oleh seorang guru saya ketika di sekolah menengah.
seorang isteri boleh berubah dalam sekelip mata apabila marah maka fahamilah dia dan maafkanlah dia..
wallahua’lam.
anehkan, kenapa isteri sering digandingkan dengan ‘marah’ bila bicara soal bermadu? Kaum Adam mungkin tak sesensitif kaum hawa,maka mrk krg jelas betapa remuknya hati isteri yg telah mencurah kasih dan cinta,khidmat dan bakti selama ini pada yg bergelar suami,tiba2 cinta dan kasih sucinya dikhianati tanpa mengambil peduli hati dan perasaan si isteri. Rajuk isteri ditafsir sebagai marah, remuk hati ditafsir sebagai mengada2,mementing diri sendiri,rasa dikhianati ditafsir sebagai beremosi… maknanya, balik2, salah isteri? isteri kena faham hati suami, kenapa suami susah nak faham hati isteri?saya tidak menidakkan poligami,tapi biarlah kena pada sebab yg benar2 mendesak,bukan semata2 nak ikut trend,atau krn tercabar,atau krn nak cari pengikut?
membaca buku tentang Mars dan Venus oleh John Gray (termasuk men are from mars, women are from venus dan why mars & venus collide) mungkin banyak membantu suami dan isteri seperti yang dimaksudkan oleh ‘meen’
maaf ustaz, sebenarnya kak min tuju komen ke al-aslami,rentetan dari komen ’seorang isteri’ di atas., bukan tuju komen ke ustaz ye. mohon maaf, silap tekan tadi ustaz…patut gi ke ‘balas’ al-aslami……….
huhu kene marah..
sori ana maksudkan lain..
setiap manusia ada kelemahan.. jadi bila ustaz kupas tentang ibu dan isteri kene la tulis apa kelemahan perempuan bernama isteri dan kelebihan perempuan bernama ibu..
tetapi kalu ustaz kupas tentang ayah dan suami akan tertulislah kelemahan lelaki bernama suami dan kelebihan lelaki bernama suami dan sebaliknya.. maka beruntunglah mereka yang membaca dari sudut yang positif..
hehe
lpas ni mintak ustz tulis pasal kasih ayah pulak…
wassalam
salam
“seorang isteri boleh berubah dalam sekelip mata apabila marah maka fahamilah dia dan maafkanlah dia.”
saya faham lain..
maka jgnlah menghukum isteri (kawin lain) kerana sesuatu yg remeh.. fahamilah dia dan maafkanlah dia..
allahu a’lam
Salamullahu ‘alaikum,
Terima kasih kepada yang memberi komen, bagi saya semua komen-komen itu semuanya betul mengikut sudut pandang dan asas pandangan masing-masing…
seperti yang selalu saya nyatakan bahawa apa-apa post yang saya siarkan hendaklah dibaca secara jujur dan “Taani” (tenang dan teliti)barulah mendapat faedahnya yg banyak. Ia hendaklah difahami sekali dengan dua post yang terdahulu ” agama adalah kejujuran” dan ” mengenal diri dan hakikat kehidupan”.
Kasih ibu memang telah difahami oleh kebanyakan orang…untuk mengubati sesuatu yang mungkin kurang atau pengabaian dari sudut pemikiran dan perlaksanaan mesti dibandingkan dengan sesuatu yang juga penting untuk memperlihatkan bahawa perkara yang ingin ditonjolkan itu sebenarnya lebih penting dan jangan diabaikan.Ia tidak bermaksud sama sekali untuk meremehkan perkara yang dibandingkan itu.
Poligami, sebenarnya belum disentuh secara khusus, petanda yang ada sudah cukup menunjukkan bahawa ia adalah perkara sensitif yang mana kebanyakan para asatizah dan para duat mengelak daripada menyebutnya apatah lagi membincangkannya… Tapi bagi saya setiap perkara yang diharuskan oleh Islam adalah merupakan solution kepada permasalahan manusia, cuma bagaimana cara ia diadun dan dilaksanakan supaya ubat tidak bertukar menjadi racun… Apapun, perkongsian saya dalam blog ini adalah untuk membangkitkan kesedaran dari lubuk hati (dalam apa-apa isu) berasaskan kerangka pemikiran yang betul dalam melihat sesuatu oleh itu lihatlah sesuatu dengan asas pemikiran yang betul…
” Emosi hanya penting untuk memahami serta menggambarkan sesuatu yang bersifat emosi…tetapi dalam menyelesaikan perkara emosi asas pemikiran rasional adalah dituntut kerana emosi sifatnya tidak tetap adapun pemikiran ia bersifat tetap berdasarkan maklumat yang tepat…”
Nampaknya lambat lagilah post tentang poligami akan keluar…
Kesian kat wanita yg dimadu…agaknya salah alQuran ke krn benarkan lelaki hingga boleh berpoligami? cuba haramkan sahaja poligami tu? jadi mana2 lelaki yg terfikir sudah dianggap berdosa? tak lah ada wanita tersiksa perasaannya? Krn bagi ramai wanita, suaminya itulah syurga & neraka…
Bagaimana ya kalau wanita pula dibenarkan berpoligami? Tersiksa pula perasaan lelaki? tak adil ke hukum Islam…
Krn itu org barat lebih senang berniaga di pasaran gelap…tanpa pengetahuan isteri…
sekadar melontar pertanyaan…
Ustaz, ana cuba respon ye..
Errm.. ana tak pandai sangat bab ni.
Tapi, setakat yang ana belajar, ana ada satu hypothesis. struktur otak wanita dan lelaki sedikit berbeza in certain areas.
Ada satu area yang dalam kawasan otak manusia yang dipanggil amygdala. Amygdaloid and periamygdaloid lesions boleh sebabkan hypersexuality in men, but produce no symptoms in women.
Secara biologinya, memang terdapat sesetengah lelaki yang perlu kepada lebih dari seorang isteri. Tapi, sebahagian besar lelaki tak macam tu. Sebab lesions tu berlaku kat sesetengah orang sahaja.
Mungkin tu salah satu hikmahnya Allah halalkan poligami bagi lelaki, tapi tidak bagi wanita.