Pada minggu lepas seorang kawan bagi tahu saya bahawa dia sedang membantu kawannya yang sedang dalam krisis rumahtangga. Saya tanya dia dah berapa lama mereka kahwin? katanya dah 18 ke 20 tahun. saya tanya lagi berapa orang anak mereka jawabnya tiga, anaknya pun dah besar-besar…
Pada bulan lepas juga seorang teman menceritakan kepada saya yg isteri pertamanya telah tidak lagi mempercayainya selepas empat ke lima bulan dia berpoligami dengan keizinan isteri pertamanya. Semua yang dibuat atau dituturkan semuanya ditafsirkan salah, seolah-olah isterinya tidak pernah mempercayainya dan seolah-olah dia tidak pernah berlaku jujur dengan isterinya… tempuh perkahwinannya yang berlalu juga hampir dengan kes yang pertama.
Apa yang boleh saya katakan di sini bahawa perkahwinan adalah juga salah satu daripada makhluk Allah yang terdedah kepada sunnah sebab dan musabbab.Wadah kehidupan yang kebanyakan manusia melaluinya.Ia terdedah kepada kelusuhan dan kemusnahan. Jika tidak diselenggara dengan baik maka ia mudah pudar atau kewujudannya hanya sekadar memenuhi ruang bumi ini sahaja tetapi tidak memberi apa-apa seri kepada kehidupan ini.
Sebenarnya perkahwinan adalah anugerah Allah kepada makhluknya malah daripada perkahwinan Allah menunjukkan tanda-tanda kebesaranNya.
“Dan diantara tanda-tanda kebesaranNya ialah dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang(mawadah dan rahmat). Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” (al Rum: 21)
Orang-orang yang berfikir akan nampak daripada perkahwinan itu betapa indahnya kejadian alam ini dan betapa Agung Penciptanya. Allah menjadikan lelaki dan wanita kemudian Allah campakkan rasa cinta antara satu sama lain dan kemudian Allah halalkan perkahwinan sebagai wadah untuk manusia melaksanakan tuntutan cinta tersebut serta terlaksananya kasih mesra antara satu sama lain… yang dengannya manusia akan memperolehi kebahagiaan di dunia ini…dan dengannya akan mengembang dan memanjangkan zuriat manusia di bumi ini…Sesiapa yang menolak cinta dan mengharamkan dirinya daripada mengasihi orang lain ataupun dikasihi, sebenarnya dia menolak kebahagiaan yang Allah ingin kurniakan kepadanya…Begitu juga orang yang melaksanakan runtunan cinta tanpa melalui proses perkahwinan sah (atau menjurus ke arahnya) sebenarnya dia hanya ingin mendapat kebahagiaan untuk dirinya sahaja dengan memudharatkan orang lain…dan akhirnya sekelumit nikmat yang disangkakan kebahagiaan itu hanyalah fatamorgana yang akan bertukar menjadi penyesalan dan kemudharatan…Begitulah hakikatnya pada sesuatu yang Allah jadikan padanya nikmat dan rahmat maka lawannya adalah kecelakaan dan kemudharatan…
NasihatKu… Pada Pasangan Suami/isteri…
Tempuh 18 atau 20 tahun bukan masa yang pendek. jika anak yang di lahirkan pada tahun kedua selepas perkahwinan itu sebenarnya telah layak menjadi ayah atau ibu yang lain pula.Jika isterimu tidak serasi, kenapa mengambil masa terlalu lama untuk mengenalinya…jika sudah mengenalinya kenapa tidak diperbetulkan sejak dari awal apa-apa yang tidak disukai? jika sudah dipasti tidak boleh diperbaiki kenapa membiarkannya terlalu lama untuk dibuat keputusan.Memang jodoh dan ajal di tangan Tuhan tetapi Allah memberi jalan keluar kepada hambaNya untuk memilih dan mengusahakan yang terbaik.
Satu Pelaburan Yang Besar
Pelaburan yang telah dicurahkan dalam perkahwinan yang berusia 20 tahun sebenarnya terlalu besar.Orang yang dangkal saja yang tidak akan menghargai pelaburan sebesar itu atau orang yang sedang tenggelam dalam khayalan nafsu saja yang menyatakan bahawa perkahwinan seperti itu boleh diganti dengan perkahwinan yang lain.Allah mengurniakan zuriat kepada seseorang melalui isterinya sebenarnya boleh menjadi sebab untuk terbentuknya perasaan sayang kepada isterinya. Satu perkongsian kepada tanda pernah wujudnya dia di dunia ini. Tanpa isteri yang melahirkan anak-anaknya maka dia tidak akan ada baka yang akan meneruskan kemegahannya di dunia ini sebagai seorang lelaki. Ibrahim a.s selepas kelahiran Ismail makin cinta baginda kepada Hajar yang pada mulanya tidaklah begitu sehingga dicemburui oleh Sarrah. Itulah naluri manusia yang normal iaitu kelahiran boleh menambah sayang kepada penyebab kelahiran…
Terapi Rumah Tangga…
Jika rumah kediaman, kenderaan dan pokok-pokok di taman perlukan penyelenggaraan untuk mengekalkan seri dan keindahannya maka begitu juga sebuah perkahwinan tidak terkeluar daripada sunnah itu, Ia lebih memerlukan penyelenggaraan.Jika rumah hanya dijadikan tempat singgah, sampah tidak di sapu,debu tidak dilap,peralatan tidak disusun,sawang tidak dibersihkan kita boleh bayangkan bagaimana kehidupan di dalamnya.Begitu juga rumahtangga atau sebuah perkahwinan ia boleh menjadi lusuh atau pudar jika ia tidak diselenggarakan dengan baik. Jika keupayaan memenuhi keperluan asasi dalam bentuk material(tempat tinggal,kenderaan, makan minum dan pakaian) tidak ditingkatkan mengikut keperluan semasa maka ia akan terdedah kepada kelusuhan.
Begitu juga keperluan dalam bentuk maknawinya atau batinnya tidak di tingkatkan atau sekurang-kurangnya dipenuhi juga akan terdedah kepada pudarnya dan menjadi penyebab kepada keruntuhan rumahtangga itu.Perasaan Ridha dengan apa yang ada antara suami isteri mesti sentiasa disuburkan kerana takdir Tuhan tidak sentiasa menjadikan kita senang. Kasih sayang dan kemesraan antara suami isteri dan anak-anak mesti di tingkatkan dan di cari sumbernya. jika sumbernya ada pada sebuah gurauan maka kena digali sumbernya itu sehingga suami kadang kala menjadi seorang pejenaka atau pelawak yang memberi seri kepada kehidupan rumahtangganya.Malah dalam hal ini Rasulullah mengharuskan suatu pembohongan كذب dalam berseloroh (bergurau ) antara suami isteri.
Begitu juga dalam memenuhi runtunan sex… ia perlu disempurnakan sebaik-baiknya…kerana manusia tidak boleh lari daripada hakiakat kejadiannya… Sterotipe dalam apa-apa persembahan di dunia ini akan menjemukan sesiapa saja yang melaluinya terutama dalam tempuh yang begitu panjang .Kalau kemanisan… itu ada pada madu tualang dan habbatus sauda’ atau sebungkus adonan buah Goji, maka orang yang memahami wajibnya memelihara kebahagiaan rumahtangga akan merasa wajib untuk memperolehinya. Begitu juga jika rahsianya ada pada senaman “Wai Ta Kong” atau apa-apa jenis senaman yang boleh memelihara steminanya maka dia akan melaziminya. Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik dalam memelihara hal ini dari segi pemakanan dan pergerakan… jika tidak, bagaimana baginda boleh memelihara keceriaan isteri yang ramai.?
Rasa Bahagia…?
Tetapi sex, mata benda (Material: rumah,kenderaan dsb) bukan segala-galanya…ia merupakan salah satu ramuan kepada punca kebahagiaan rumahtangga… Kerana rasa bahagia itu letaknya di hati, ia lahir daripada sifat-sifat hati atau amalan hati yang mahmudah (dipuji).Sifat rahmat,kesian belas, kasih sayang terhadap makhluk, pemurah, baik sangka dan segala sifat hati yang baik apabila diadun dengan ramuan material tadi ia akan melahirkan kebahagiaan kepada pemiliknya. Begitulah jika sekiranya ahli sesebuah rumah tangga itu memiliki sifat-sifat demikian serta suasana yang dibentuk boleh menyuburkan sifat-sifat itu maka kebahagiaan yang di harapkan akan pasti menjadi milik mereka. Seseorang yang mengasihi dan menyayangi orang lain dia akan dapat rasa bahagia hatinya dengan kelakuannya itu, begitulah sebaliknya jika dia benci atau marah atau curiga atau dengki dan dendam kepada seseorang ,hatinya sendiri akan sengsara sebelum orang yang dimarahinya itu mendapat kesengsaraan daripadanya…
Bahagiakan Orang Lain..Anda Pasti Mengecapinya…
Oleh itu orang yang inginkan kebahagiaan mesti menghiasi hatinya dengan sifat-sifat kebahagiaan. Semakin ramai orang yang dikasihi dan disayanginya maka akan semakin bahagia hatinya begitulah sebaliknya semakin ramai orang yang dibenci maka akan sempit dunianya dan akan sengsara hatinya… Itulah hakikatnya apabila Allah dan RasulNya menyarankan sesuatu sifat atau melarang sebaliknya…ia akan memberikan akibatnya di dunia ini lagi sebelum manusia merasa kesengsaraannya di akhirat.
lihat kata-kata Rasulullah:
لا تغضب عليك الجنة
jangan kamu marah kamu akan mendapat syurga
من لا يرحم لا يرحم
orang yang tidak mengasihi dia tidak akan dikasihi..
ارحم من في الدنيا يرحمك من في السماء
berilah kasih sayang kepada mereka di dunia nescaya kamu akan di sayangi di langit..
Itulah hakikatnya seseorang itu akan diberi balasan daripada jenis perbuatan yang sama sejak dari hidupnya didunia ini lagi.. Dan itulah hubungan anatara dunia dan akhirat bagi seorang mukmin. Dan itulah ertinya orang yang paling bertaqwa dan beriman adalah orang yang paling bahagia di dunia ini dan dia akan memperolehi kebahagiaan itu terus menerus di akhirat bagi memenuhi doanya yang di ajarkan oleh Pemberi kebahagiaan…:
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
Ya Tuhan kami kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia ini dan begitu juga di akhirat dan hindarlah kami daripada azab api neraka.
Oleh itu sesiapa yang inginkan kebahagiaan hakiki dalam kehidupan ini dia mesti menghiaskan jiwanya dengan sifat-sifat Mahmudah…(insya Allah Kita akan bincangkan dlm post yg lain… Doakan) Kasihilah apa saja yang Allah kurniakan kepada kita. Para Isteri atau suami, anak-anak, ibu bapa,sanak saudara, kawan-kawan dan masyarakat malah manusia dan makhluk Allah seluruhnya memerlukan kasih dan sayang kita. Kasihanilah orang-orang yang susah dan orang-orang yang belum memperolehi apa-apa yang telah kita miliki dan kita nikmati…
…Nescaya dengan itu kita akan memperolehi Kebahagiaan Yang Dicari dan dapat Memelihara Kurniaan Yang Allah Berikan…Dan seterusnya malah segala-galanya… KEBAHAGIAAN YANG KEKAL ABADI yang dijanjikan hanya untuk orang-orang yang beriman…Amin
Bersambung…
NasihatKu Untuk Pasangan Berpoligami…?
jazakallah khoir Ustaz
Salam..
jazakallahukhair atas tulisan yg bermanfaat
Kita sbg manusia jangan terlalu mengharapkan semuanya sempurna, kerana tiada siapa yang sempurna…
Dlm hidup ini kita mestilah saling lengkap-melengkapi & sama-sama berusaha ke arah utk perbaiki diri..InsyaAllah
“..Kerana rasa bahagia itu letaknya di hati, ia lahir daripada sifat-sifat hati atau amalan hati yang mahmudah (dipuji)..”
Kasih & sayang hanya kerana Allah
wallahualam.. barakallahufik
Kesempurnaan hakiki adalah milik Allah s.w.t…Allah merangsang kita supaya menuju ke arah kesempurnaan serta menunjukkan jalannya…segala usaha manusia menyusun sebab dan musabbab mengikuti jalan itu untuk mencapainya itulah yang dikatakan ibadah…setiap ibadah yang dilakukan dengan penuh keikhlasan kerana Allah, pasti akan mendapat ganjarannya di akhirat…walaupun di dunia ini kadang kala kesempurnaan yang kita inginkan tidak kesampaian dek kerana Hikmah Allah mengatasi segalanya…DALAM MENYEMPURNAKAN KESEMPURNAAN HAKIKINYA…
jzk
entri yg bermakna even utk baru kawen
artikelnya cukup menarik,perkenalkan saya dari indonesia, saya suka blog anda.
ikutilah blog kontes indonesia dengan hadiah-hadiah menarik, jadilah pemenangnya di indonesia blog kontes, daftarkan blog anda info di http://herbamart.blogspot.com
salam ustaz,
lain macam je bunyinya ustaz, agak berbelit maksudnya… maksud ana macam punya banyak erti.
salam alaik,
saya nasihatkan untuk mendapat banyak faedah daripada tulisan saya hendaklah di baca secara “TAANNI” (teliti dan tenang) dan jika perlu diulang, kerana saya jarang menulis, buah fikiran yang saya cuba utarakan adalah hasil daripada ilmu syariah (setakat yg dikurniakan Allah) dan pengalaman tarbiyyah yang di lalui serta pemerhatian kepada Hidup ini. saya cuba menggunakan uslub yang tersendiri dalam tulisan-tulisan, ada yang bersahaja dan ada yang mempunyai banyak makna bagi pembaca tertentu. Apapun yang ditafsirkan ianya akan memberi kebaikan dan tidak lari daripada fikrah yang betul… i.Allah
alhamdulillah..terima kasih ust.
smg usaha utk taqwa mampu meninggalkan generasi yg berusaha utk taqwa..
seorang teman sy baru 1 bulan mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, “dah kawen baru tau!”
laras bhs mcm kecewa. seolah2 jodoh itu jodoh yg salah pula.
dulu masa belajar berkepit xlepas, doa sy semoga Allah permudahkan dan percepatkan jodoh-Nya.nah dia sudah nikah dulu sebelum habis praktikal.
meyakini Allah al-Muhaimin, memelihara hamba-Nya dari segala yg memudharatkan, malah luas lagi pemeliharaan-Nya, ini adalah takdir terbaik sekali utknya.
smg dicelikkan mata hati kami utk mngambil pengajaran dr setiap saat takdir Allah.
Assalamualaikum… Ust
Baru beberapa hari yang lalu , saya jumpa blog ini. Alhamdulillah…saya suka tulisan ust kerana kaedah mesej disampaikan.
Tenang dan berkesan pada hati.
Setakat ini, blog yang menjadi bacaan tetap saya ialah SaifulIslam.com.
Saya sangat berharap, Ust dapat luangkan lebih banyak masa untuk sampaikan ilmu menerusi blog.
Terima Kasih.